Ahad, Julai 05, 2009

Ananda bida Newcastle

Ananda bida Newcastle


GAMBAR skuad Newcastle United bagi musim 2008/09. Jika Ananda, manusia ke-62 terkaya di dunia, bersetuju membeli Newcastle, beliau akan dianggap penyelamat skuad Magpies itu yang pernah muncul naib juara Liga Perdana England pada 1996/97 dan 1997/98.






KERATAN laman web The Sun UK semalam.


LONDON - Akhbar The Sun di Britain semalam mendedahkan identiti bilionair dari Malaysia yang mahu membeli kelab bola sepak Newcastle United sebagai T. Ananda Krishnan.

Ananda yang merupakan taikun media di Malaysia dilaporkan berhasrat membeli kelab itu pada harga £95 juta (RM547 juta).

Dari segi kekayaan, mengikut majalah Forbes, beliau kini berada di tangga ke-62 dalam senarai tahunan bilionair terkaya di dunia dengan harta yang dianggarkan berjumlah £4.2 bilion (RM22 bilion).

Di Malaysia, beliau berada di tempat kedua terkaya selepas Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sebanyak RM31.5 bilion.

Ananda dilaporkan menjadi pilihan utama pemilik Newcastle, Mike Ashley selepas mereka mengadakan perbincangan.

Ashley dilaporkan bersetuju untuk menjual kelab itu kurang £40 juta (RM230.33 juta) daripada harga belian asalnya pada 2007.

Menurut The Sun, Ananda mungkin mengekalkan Alan Shearer sebagai pengurus kelab itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI