Sabtu, Julai 25, 2009

Ahli Umno perlu hayati keberanian Hang Jebat

Baca perenggan terakhir artikel ini dan fikir2kan..
Oleh:
msa88oja

LINK:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090725150717/Article


Ahli Umno perlu hayati keberanian Hang Jebat

KOTA KINABALU: Ahli Umno perlu menghayati keberanian Hang Jebat daripada segi menyuarakan pandangan sebagai manifestasi perjuangan parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT)Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata anggota parti perlu berani menyuarakan pandangan bagi mencapai keputusan dan pendekatan baru sekiranya pendekatan lama tidak lagi relevan dan dianggap tidak berjaya.

“Kita mesti berani menyatakan sesuatu walaupun apa yang dikatakan itu mungkin pemimpin kita tidak suka.

“Tetapi tugas kita ialah membuat rakyat kita suka seperti yang disebut-sebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu rakyat didahulukan.

"Inilah keberanian yang diperlukan sebenarnya,” katanya pada perhimpunan Umno Bahagian Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata tetapi apa yang berlaku sekarang ialah "watak Hang Jebat ini bukannya datang daripada anggota Umno tetapi pembangkang". - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI