Khamis, Jun 25, 2009

Roboh rumah tumpangan maksiat

Sumber:Kosmo


SALAH satu lokasi di sekitar Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur yang sejak sekian lama terkenal dengan aktiviti maksiat dan jenayah.


KUALA LUMPUR – Rumah tumpangan atau hotel murah yang kerap dikaitkan dengan aktiviti maksiat perlu dirobohkan sekiranya kerajaan benar-benar mahu Lorong Haji Taib di sini bebas daripada terus menjadi sarang kegiatan itu dan penagihan dadah.

Demikian saranan Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kuala Lumpur, Roslan Dahaman mengenai langkah terbaik ‘membersihkan’ lokasi yang selama ini dikenali dengan aktiviti tidak bermoral.


KERATAN Kosmo! 23 Jun.


“Selepas dirobohkan, ia lebih elok digantikan dengan pembaharuan yang membawa manfaat kepada semua pihak,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar menutup premis pelacuran di Lorong Haji Taib yang masih bermaharajalela dengan kegiatan pelacuran dan jenayah lain.

Malah, tindakan membanteras kegiatan itu dan membersihkan kawasan berkenaan bukan sahaja terletak di bahu polis semata-mata malah ia sepatutnya melibatkan kesemua agensi penguat kuasa lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI