Jumaat, Jun 26, 2009

Hanya 1,300 syarikat bayar zakat

Kosmo


HASSAN ALI (kiri) mewakili LZS menerima wang zakat perniagaan daripada Pengurus Besar Kanan Operasi Wilayah Bahagian TNB, Mustafa Din di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Masih banyak syarikat yang belum menunaikan zakat. Di Selangor, hanya 1,300 daripada lebih 15,000 syarikat yang berdaftar menunaikan tanggungjawab berkenaan.

Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor (LZS), Ahmad Shahir Makhtar berkata, meskipun jumlah kutipan zakat meningkat pada tahun ini tetapi kesediaan syarikat yang layak menunaikan zakat masih kurang.

“Bagi individu pula, LZS menganggarkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada 1,259,260 juta orang layak membayar zakat, tetapi masih ramai lagi belum tampil membayarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyerahan zakat perniagaan oleh lapan buah syarikat kepada LZS di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI