Isnin, Jun 08, 2009

Filem pertama ditayang di Riyadh

Sumber


BEBERAPA lelaki berdiri dekat poster filem Menahi di Pusat Kebudayaan Raja Fadh di Riyadh kelmarin.


RIYADH - Lebih 300 lelaki menonton filem keluaran Arab Saudi, Menahi di Pusat Kebudayaan Raja Fahd di sini kelmarin.

Tayangan itu dianggap bersejarah kerana ia merupakan filem komersial pertama yang ditayangkan di Riyadh sejak beberapa dekad lalu.

"Ini merupakan satu perubahan yang baru bermula," kata seorang pelajar universiti, Ahmed al-Mokayed.

Seorang ahli perniagaan, Abdul Mohsen al-Mani yang membawa dua anak lelakinya berasa teruja kerana dia tidak pernah menonton filem sejak tiga dekad lalu di Riyadh.

"Ia merupakan satu revolusi keamanan," katanya.

Sejumlah anggota polis mengawal lokasi tayangan filem itu kerana sekumpulan lelaki berfahaman konservatif memberi amaran bahawa filem tersebut akan membawa 'bencana' di negara tersebut.

Kumpulan itu menggunakan alasan gempa bumi kecil yang berlaku baru-baru ini sebagai satu bentuk hukuman daripada Tuhan kerana filem tersebut ditayangkan.

Sebelum ini filem itu ditayangkan kepada sejumlah besar penonton di Jeddah pada Disember lalu.

Filem Menahi itu merupakan kisah komedi menceritakan seorang penduduk kampung yang sesat di sebuah bandar raya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI