| Dokumen kes ibu Manohara dibongkar |
| Jimadie Shah Othman | Jun 24, 09 10:14am |
| kemaskini 4.59pm Blog - yang sering mempertahankan seorang putera Sultan Kelantan - mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa menunjukkan ibu Manohara Odelia Pinot pernah lari daripada kes mahkamah di Perancis. Truth Appeared, blog yang menerbitkan siri foto peribadi Manohara dengan suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra sejak April, semalam menerbitkan 25 halaman dokumen satu kes di mahkamah majistret. Satu sumber yang dekat dengan kerabat diraja itu, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata dokumen yang didedahkan "100 peratus benar". Dokumen-dokumen itu yang asalnya dalam bahasa Perancis, diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Pusat Bahasa Perancis di Kuala Lumpur, dipercayai dibuat baru-baru ini. Dokumen terjemahan itu menyatakan, antaranya, ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina tidak pernah menghadiri kes tersebut dan didapati bersalah dengan hukuman penjara 18 bulan. Beliau didakwa gagal membayar pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia bernama Shaliha Lanti, sewaktu tinggal di Nice selama tiga tahun sejak 2004. Waran tangkap Dokumen yang sama menyatakan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya pada 26 Jun 2007. Blog itu juga mendedahkan beberapa siri dokumen mahkamah itu, antaranya laporan-laporan perubatan dan sosial Shaliha serta kertas pertuduhan terhadap Daisy. Menurut dokumen itu, mahkamah daerah Grasse juga mengeluarkan perintah supaya polis mencari dan memenjarakan Daisy mengikut peruntukan undang-undang negara Eropah itu. Suaminya ketika itu Jurgen Reiner Noack-Pinot turut didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap bekas pembantu mereka itu pada awal 2007 dan dijatuhkan hukuman empat bulan penjara. Mahkamah juga memerintahkan Daisy dan dan Noack-Pinot membayar sebanyak 16,000 euro (RM79,600) sebagai ganti rugi terhadap Shaliha, kini berumur 25 tahun. Laporan perubatan Laporan perubatan Saliha yang dikemukakan kepada mahkamah mengesahkan terdapat beberapa kecederaan di tubuhnya serta menderita kejutan psikologi yang serius. Peguam Manohara di Malaysia, Mohamed Zaini Mazlan ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu. Manohara dan Daisy sering melemparkan dakwaan Tengku Muhammad Fakhry pernah mendera isterinya. Bagaimanapun putera Sultan Kelantan itu menafikan semua dakwaan tersebut, termasuk yang terbaru melalui stesen televisyen republik tersebut, TVOne, semalam (foto kiri). Dalam rakaman temubual ringkas itu, dipercayai di Malaysia, Tengku Muhammad Fakhry mempertikaikan dakwaan Manohara pernah diseterika di bahagian leher dan mengingatkan Manohara bahawa dakwaan negatif boleh menggugat peluang isterinya mendapat pekerjaan. Kenyataan terbuka putera sultan itu kali pertama sejak dakwaan-dakwaan berat dihadapkan padanya 20 April lalu. |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
ADA HIKMAH DI SEBALIK SEMUA PERKARA INI BERLAKU. ALLAH MAHU MENGUJI KELUARGA DIRAJA ITU. ITU BARU SIKIT TAU. BARU HUJUNG KUKU JARI KELINGKING. SEDARLAH, BERUBAHLAH SEBELUM ALLAH TURUNKAN UJIAN YANG LEBIH BESAR DAN TIDAK MAMPU KITA MENANGGUNGNYA. NAUZUBILLAH.
BalasPadam