Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Selasa, Mei 05, 2009
Wanita hamil maut akibat diragut
JOHOR BAHARU:Seorang wanita yang mengandung dua bulan meninggal dunia hari ini selepas koma akibat diragut ketika menunggang motosikal di Taman Ayer Hitam, dekat Batu Pahat, Ahad lalu.
Jamilah Selamat, seorang jurujual di kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam,
meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini pada kira-kira jam 7.35 pagi.
Jamilah yang akan menyambut hari jadi ke-32, Isnin ini koma apabila terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya setelah diragut dua lelaki yang menaiki motosikal.
Suaminya, Razali Ahmad, 41, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika Jamilah yang menunggang bersendirian motosikal Honda EX5,
dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Mekar, kira-kira 70 meter dari tempat kejadian.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI