Assalamu 3alaikum!
Tuan-tuan telah sedia maklum dengan kehebatan para Qari dari negara Mesir.... namun mungkin tidak ramai yang pernah mendengar dan menonton persembahan seorang Qari2ah dari Mesir yang masih remaja.
Saksikan kehebatan seorang guru Tarannum Al-Quran yang paling hebat di Republik Arab Mesir atau Cairo/ Egypt Al-Fadhil Al-Ustaz Ahmed Mustafa Kamil, sedang mempersembahkan kaedah pengajaran tarannumnya bersama murid "remaja wanita" yang bernama Sumayya Eddib dalam satu majlis yang dihadiri oleh ribuan penonton yang kagum dan terpesona mendengar persembahan mereka.
Kehebatan Guru dan juga murid dalam video ini mempersembahkan tarannum dalam sebuah dewan yang penuh sesak dengan para penonton dan pendengar menandakan bahawa budaya cintakan al-Quran itu menyelubungi jiwa kaum muslimin dan muslimat di negara yang memang terkenal dengan ramai Qurra2 (Pembaca) yang menjadi idola pancinta tarannum al-Quran seluruh dunia.
Selamat menyaksikan persembahan yang paling mengesankan....
Sekian terima(lah) kasih(R)
Ambuyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI