| Solat Hajat di Manjoi pun ditangkap polis? 1BlackMalaysia! | |
| 10 YB ditahan Oleh Kasdi Ali am@hmetro.com.my IPOH: Polis menahan 10 ahli Yang Berhormat (YB) iaitu empat Ahli Parlimen dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) membabitkan dua dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas (dua) dan enam dari DAP mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari perintah penjawat awam dengan melanggar perintah mahkamah berada 500 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kekecohan sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung semalam menyaksikan 69 orang ditahan berusia antara 20-an dan 60-an membabitkan tiga kesalahan dengan kesalahan paling tinggi direkodkan ialah mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak malam tadi, berkata sembilan Ahli Parlimen dan Adun sudah dibebaskan dengan jaminan polis manakala Adun Batu, Tian Chua Chang masih ditahan untuk diambil rakaman percakapan. Beliau berkata, seorang ditahan mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan di Kampung Manjoi di sini, manakala 14 orang ditahan kerana hadir di perhimpunan awam tanpa permit. “Daripada 69 yang ditahan, 54 orang sudah dibebaskan dengan jaminan polis manakala 15 orang masih dalam proses diambil rakaman percakapan dan akan dibebaskan dalam masa terdekat dengan jaminan polis,” katanya yang berpuas hati dengan tahap keselamatan yang dilaksanakan anggota polis bertugas. Katanya, daripada jumlah yang ditahan itu 66 lelaki dan tiga wanita. | |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI