Isnin, Mei 18, 2009

Pantai bertukar hijau selepas ribut

KOSMO


DUA pengunjung berjalan di tepi pantai Paignton yang dilitupi rumpai laut.



DEVON - Orang ramai yang mengunjungi pantai Paignton terkejut apabila mendapati kawasan yang berpasir itu bertukar kepada warna hijau, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap majlis perbandaran Paignton, berkata, pantai di kawasan itu bertukar hijau selepas beberapa kali dilanda ribut.

"Keadaan itu tidak mendatangkan bahaya kepada pelawat dan hidupan liar dan ia adalah fenomena semula jadi," katanya.

Menurutnya, angin timur yang bertiup kencang menyebabkan banyak rumput laut dibawa arus sehingga menutupi pantai di situ seperti permaidani.

Bagaimanapun, katanya, pantai itu akan kembali seperti keadaan asal tidak lama lagi berikutan arahan supaya kerja-kerja pembersihan dilakukan sudah dikeluarkan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI