Salam... (Takkan asyik ceter POLITIK jer!!!)
Orang kata... zaman modern ni... terlalu banyak yang TIRUAN... bukan bahan dan barangan saja... manusia/orang pun ada yang tiruan.....
Mukminah adalah gelaran kepada wanita ISLAM & BERIMAN... mereka ini jelas dilihat sebagai wanita muslimah yang mukminah dengan KETAATAN mereka terhadap tuntutan agama...
Tapi kini banyak sekali yang TIRUAN....
mereka menutup AURAT tapi bukan kerana tuntutan agama tapi kerana GLAMOUR... atau mengikut trend semasa.... Mereka ini tak layakpun digelar "Muslimah" kecuali gelaran "Limah" jauh sekali gelaran "Mukminah" paling-paling gelaran "MINAH" sahaja....
Golongan Limah dan Minah inilah yg BANYAK terjebak dalam maksiat... sekaligus MEMALITKAN LUMPURNYA kepada wanita Muslimah dan Mukminah. Maka seringlah kita dengar orang kata: "Perempuan BERJILBAB jual diri" atau ... "Wanita BERTUDUNG dicekup sedang......"
Malu....
Last-last terciptalah Lagu "MINAH TUDUNG".... yang bertujuan mendedahkan golongan TIRUAN ini, sekaligus berharap agar wanita Islam MENUTUP aurat dengan sempurna SESUAI dengan tuntutan Agama Islam yang Maha Suci.
Sila Baca artikel BERIKUT:
Minah Tudung-Video@Lirik (Tak tutup AURAT)
Yang sedihnya... kerana lagu ni... Muslimah/Mukminah jadi tersipu-sipu bila lagu ini dikumandangkan dikhalayak ramai... yg peliknya pulak, Minah dan Limah yang tak pakai tudung senyum dan ketawa (Mengejek) memandang Muslimah dan Mukminah yang "Menutup Aurat" itu.... Entahlah ...dunia..dunia...
Hah... nak tanya PENDAPAT Antum semua...
Silakan!!!
KOMEN:
Sedang dibincangkan di-DDF
dunia fitigri,dunia fitigri. GAYA HIDUP sekarang dibina dengan IMEJ/wajah & duit/harta. Semakin mudah imej/wajah diubah hanya dengan menukar pakaian dan aksesori,maka makin segera lah amalan hidup mereka.
BalasPadamdunia da nk kiamat pak,...
BalasPadam