MISTERI HURUF-HURUF PENGGAL (MUQATTHA'AT)
Rahsia huruf penggal ( Muqattha'at)
Kami merasa terpanggil untuk mengetahui dengan lebih lanjut rahsia atau misteri huruf penggal ini. Sepanjang kami mengikuti kursus ini di Kuang, Selangor pada 2-3 Mei. Tim akademi perawat islam akrine memberi penekanan penting tentang kaedah huruf penggal ini sebagai sebahagian kaedah dalam rawatan pesakit.
Di antara mukjizat al-Qura'an adalah tercantumnya huruf-huruf abjad pada permulaan surat, antara lain;
1. Permulaan surat al-Baqarah, Ali Imran, al-Ankabut, ar-Rum, Lukman dan as-Sajadah
2. Permulan surat al-A'Araf
3. Permulaan surat Yunus, Hud, Yusuf, Ibrahim, dan al-Hijr.
4. Permulaan surat Maryam
5. Permulaan surat Thaha
6. Permulaan surat an-Naml
7. Permulaan surat Shad
8. Permulaan surat Ghafir, Fushshilat, as-Syura, az-Zukhruf, ad-Dukhan, al-Jatsiyyah, dan al-Ahqaf
9. Permulaan surat Nun
Pendapat ulamak;
1. Meyakinkan bangsa Arab bahawa al-Qur'an diturunkan dengan bahasa mereka dan diturunkan untuk mereka. Hal ini disebabkan sebahagian terdapat kalangan mengklaim bahawa dalam al-Quran terdapat kata yang bukan asli bahasa Arab.
2. Huruf tersebut diturunkan untuk menentang orang-orang yang tidak mempercayai bahawa huruf ini dari bahasa Arab. Seolah-olah al-Quran mengatakan "huruf-huruf abjad itu, yakni huruf-huruf yang merangkai al-Qur'an berasal dari bahasa kalaian. Jika kalian mampu membuatnya maka buatlah satu surat saja seperti al-Quran"
3. Sekelompok ulama mengatakan bahawa ketika Allah menurunkan huruf-huruf tersebut di permulaan surat, Rasululah tidak menafsirkannya. Hal ini untuk meyakinkan bahawa al-Quran bersal dari Allah, bukan dari Nabi.
4. Sebahagian ulama mengatakan huruf ini adalah rahsia Allah. Segala suruhan dan larangan Allah perlu dipatuhi dan tidak perlu diberikan sebab dan alasan.
5. Sebahagian ulama mengatakan tulisan dan bacaan al-Qur'an mendapat penjagaan dan pemeliharaan Allah.
6. Sebahagian ulama cuba menghimpun huruf penggal tersebut dan terbentuk ayat yang bermaksud "ayat-ayat yang bijak, yang pasti kebenarannya, dan yang menyimpan rahsia.(Nashshun Qathi'un Hakimun Lahu Sirrun) (Rahsia surat Fatihah, pustaka Zikra 2006, Syeikh Al-Jundi, hlm. 10)
Jika kita meneliti huruf-huruf yang mengawali sebahagian surat dalam al-Quran, secara berurutan kita temukan sebagai berikut;
1. Alim Lam Mim
2. Alim Lam Ra
3. Alim Lam Mim Ra
4. Shad,
5. Qaf
6. Ha Mim Ain Sin Qaf,
7. Ya Sin,
8. Thaha
9. Kaf Ha Ya Ain Shad
Sebahagain ulama mengatakan huruf ini berfungsi sebagai tantangan. Huruf ini juga berfungsi sebaga penegas bahawa al-Quran disusun dalam bahasa Arab. Wallahu'alam
Semoga penerangan ringkas berkaitan huruf-huruf penggal ini dapat menambahkan pebendaharaan ilmu kita berkaitan al-Quran. Sebagai seorang perawat Islam kita boleh menggunakan huruf-huruf ini dalam kaedah perubatan islam terutama untuk proses scaning dan juga kaedah "mengikat" kerana huruf ini tercantum dalam Al-Quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI