Khamis, Mei 07, 2009

Ibu cekup anak tiri tidur dengan kekasih

Ibu cekup anak tiri tidur dengan kekasih

KUANTAN: Perbuatan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Raub membawa teman lelaki ke biliknya secara rahsia untuk melakukan hubungan seks terbongkar apabila dia dicekup ibu tirinya.

Kedua-duanya dicekup ibu tiri pelajar terbabit berusia 46 tahun yang masuk ke bilik itu untuk mengejutkannya ke sekolah sebelum menemui seorang lelaki tidur di sebelahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata teman lelaki pelajar terbabit dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang pada jam 12 tengah malam, kelmarin, selepas semua penghuninya tidur.

Menurutnya, pelajar terbabit juga dipercayai membantu teman lelakinya masuk dengan membuka pintu, selain mengawasi pergerakan penghuni lain.
“Teman lelaki pelajar itu diserahkan kepada anggota polis yang dihubungi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut.

“Pelajar terbabit pula dihantar ke Hospital Raub (HR) untuk pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan ada kesan koyak pada farajnya hasil hubungan seks,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit berusia 18 tahun dan bekerja sendiri mengaku melakukan hubungan seks dengan mangsa sebelum tertidur akibat kepenatan.

“Suspek mengakui hanya sekali melakukan hubungan seks dengan pelajar terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol berikutan mangsa masih di bawah umur,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI