Khamis, Mei 21, 2009

30 pelatih kem PLKN demam, bukan petanda wabak H1N1

Kosmo

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 pelatih di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas di Semenyih dikenal pasti mempunyai simptom influenza tetapi ia tiada kaitan dengan influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, mereka mengalami demam, batuk yang ringan, sakit tekak dan sakit badan sejak 14 Mei lepas.

Katanya, daripada jumlah itu, 26 telah dirawat di bilik isolasi kem, tiga di Hospital Kajang – seorang daripadanya di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua lagi di wad perubatan sejak kelmarin.

Seorang lagi pesakit telah keluar dari hospital kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pengawasan dan kawalan dalam menangani situasi tersebut termasuk melakukan pengawalan vektor iaitu semburan kabus dan kajian aedes, pemantauan dan pemeriksaan harian semua pelatih, merawat dan merujuk kes ke hospital terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI