| 28 ADUN PR vs 300 Polis dlm DUN Perak! | |
| Apalah punya polis! Di dalam dewan , hampir 300 anggota polis yang berlagak samseng menggodam Adun Pakatan Rakyat dan Speaker yang hanya berjumlah 28 orang. Mereka menghenyak dan memijak-mijak Adun Pakatan Rakyat dalam dewan? Patutlah mereka begitu bersungguh-sungguh menghalang rakyat daripada menghadiri persidangan tersebut bagi tujuan melindungi perbuatan tidak bermaruah tersebut. Diluar dewan, polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang orang ramai berada berhampiran dengan DUN dengan jarak 500 meter.Sungguh tidak masuk akal! Mereka gunakan kawat berduri bagi tujuan tersebut. Walaupun setiap buju dan penjuru dikepung habis oleh polis, masih ramai manusia yang dapat meloloskan diri menghampiri kawasan kedai . Bilangan semakin ramai tetapi mereka semuanya berada disitu secara aman.Tidak membuat apa-apa yang boleh diklasifikasikan sebagai gangguan awam. Tetapi suasana aman tersebut mula berubah apabila polis mula menyerbu ke arah orang ramai yang berada diluar kawasan kawat berduri . Mereka amat terkejut apabila pihak polis boleh memburu dan menangkap mereka yang sedang berada didalam kedai makan.Haru sungguh. Ini hanya akan mempercepatkan kejatuhan Umno/BN. Sumber: http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/05/apalah-punya-polis.html | |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI