| Muhammad Arif Ismail Tue | Apr 21, 09 | 10:10:58 am MYT | |||||||
| SHAH ALAM, 21 April (Hrkh) - Bagi mengukuhkan lagi pemerintahan Pakatan Rakyat, Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) secara terus berjumlah RM2 juta.
Majlis Penyampaian Peruntukan Khas ini telah disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menyerahkan sumbangan ini kepada 25 buah sekolah SJKC di seluruh negeri ini. "Sumbangan ini dibuat setelah meneliti keperluan sekolah terbabit seperti memulihkan pembinaan bangunan, kelas dan infrastruktur lain," jelasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini semalam yang turut dihadiri Exconya, Dr. Halimah Ali dan Adun-Adun Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Majlis ini katanya bertujuan mewujudkan suasana kondusif di semua sekolah yang dibiayai oleh rakyat sepenuhnya dan memberi pendidikan yang terbaik kepada rakyat. Menurut beliau, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan juga Sekolah Tamil juga mendapat sumbangan yang sama malah sebanyak RM4 juta telah disumbangkan kepada SAR pada Mac lalu. "Kerajaan Negeri dibawah Jawatankuasa Tetap pendidikan telah memperuntukkan sebanyak RM 10 juta untuk menyediakan suasana pembelajaran terbaik kepada sekolah-sekolah negeri ini. "Sumbangan ini juga diberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang sangat memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri," katanya. -azm_ | |||||||
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Selasa, April 21, 2009
Selangor sumbang RM2 juta kepada SJKC
Selangor sumbang RM2 juta kepada SJKC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI