Ahad, April 26, 2009

ReSpeKs2008... Lapan Tanda Penyakit Barah

Sunday, April 26, 2009 11:36 AM
From:
To:respeks_group@yahoogroups.com

LAPAN TANDA PENYAKIT BARAH

BARAH merupakan antara penyakit yang paling ditakuti.

Mengesannya diperingkat awal membolehkan kita merawat dan meningkatkan peluang kesembuhannya.

Berikut adalah lapan tanda-tanda barah

1. Luka yang tidak pulih-pulih.

2. Tumbuhan di buah dada atau bahagian-bahagian lain di tubuh.

3. Pendarahan yang luar biasa.

4. Perubahan pada tabiat pembuangan air besar atau air kecil.

5. Perubahan pada keadaan tahi lalat atau kutil.

6. Alami masalah menelan makanan dan pencernaan makanan.

7. Batuk yang tidak hilang-hilang atau suara menjadi kasar.

8. Berat badan menurun atau asyik demam tanpa diketahui sebabnya.

Namun, perlu diingat, masalah-masalah ini tidak semestinya bermakna ada barah yang dihidapi, demikian nasihat Persatuan Barah Singapura.
Jika ini berlarutan, anda hendaklah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI