Pakatan Rakyat Terus 'Gah'
Dilulus terbit pada Saturday, April 11 @ 11:03:26 PDT oleh TokBatin
Oleh Ixora08
Saya terpanggil untk memberi ulasan berkaitan dengan kemenangan dan kebangkitan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang baru sahaja melabuhkan tirai.Kemantapan dan keterlibatan jentera-jentera pakatan yang berkampung di Bt Selambau dan Bt Gantang tanpa mengira penat lelah dan komitmen yang berterusan mendorong ke arah kemenangan yang membanggakan sekaligus menumbangkan Barisan Nasional.
Secara analisis kita dapat menyaksikan mood pengundi rentetan daripada pilihanraya umum yang lepas masih terbawa-bawa ke Permatang Pauh, Kuala Terengganu sehingga sekarang malahan menunjukkan peningkatan yang ketara walaupun diserang dengan pelbagai dakyah dan ancaman daripada pihakUMNO. Ini menunjukkan peralihan kuasa kepada tampuk pemerintahan yang baru tidak memberi kesan walau sedikit pun kepada iltizam para pengundi ini. Sayugia diingatkan bahawa saluran muda yang terdiri daripada para profesional dan intelektual merupakan penyumbang terbesar cenderung ke arah PR dan mereka akan turut mengundi dan memilih dalam pilihanraya yang seterusnya. Ini harus dikekalkan.
Melihat kepada senario di Bt Gantang, kemenangan sudah dapat diramalkan walaupun menghadapi saingan yang sengit.Rakyat Perak bertindak dengan rasional sementelah calon yang diletakkan IR. Nizar merupakan 'Giant Killer' dan merupakan menteri besar Perak yang sah.Walaupun undi daripada Melayu tidak membanggakan , Pakatan masih mempunyai peluang untuk meyakinkan mereka sebelum PRU yang akan datang. Undi Non-Muslim tidak menjadi halangan bahkan bertambah kerana keperibadian Ir. Nizar itu sendiri dan ke'cakna'an beliau kepada mereka ini telah membuka mata para pengundi dan ini berupaya mengembangkan dakwah islam dengan lebih konsisten sebagaimana matlamat 'Pas For All'. Umno perlu tahu kegagalan mereka menawan kerusi ini disebabkan dasar mereka yang terlalu KeMelayuan dan diskriminasi mereka yang bertahun-tahun menghampakan pengundi Bukan Melayu.
Bt. Selambau menunjukkan pertambahan undi daripada calon terdahulu. Dapat dinyatakan senarionya adalah sama di mana pengundi menolak BN walaupun diletakkan calon mana sekalipun.Di sini, orang Melayu mengundi calon India, satu perpaduan yang amat menarik untuk dihuraikan.Keperibadian MB kedah juga menjadi kayu pengukur dan memberi merit berganda kepada keyakinan pengundi untuk menyokong PR. Sayugia dinyatakan PR masih utuh di semenanjung bahkan semakin bertapak dan berupaya untuk menenggelamkan Umno bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang pungutan suara rakyat.
Menyeberang ke Batang Ai. Senario dan iklimnya adlah berbeza. Kawasan tersebut terletak di pedalaman dan akses ke sana perlu menggunakan jalan air atau udara. Difahamkan tempat pusat pengiraan undi pun adalah bejauhan daripada tempat mengundi sehingga kotak-kotak undi perlu diterbangkan oleh SPR. Sedikit sebanyak ini menyebabkan terdedahnya kepada manipulasi sekiranya dilihat secara logik akal. Jika manipulasi dan penipuan tidak berlaku, kemungkinan besar pengundi pedalaman tidak didedahkan dengan teknologi dan perkembangan terkini dan tidak tahu sejauh mana kredibiliti PR. Apatah lagi jika digula-gulakan dengan beer, beras dsb sebagai 'hadiah' pilihanraya UMNO.Pakatan tidak perlu risau kerana rakan seperjuangan PAS, DAP belum lagi menyusuri negeri seberang, belum lagi bertemu mata, berkunjung, berceramah dan jentera2 belum memulakan langkah yang 'serius' untuk menawan pengundi2 di sana.Seperti dikatakan peluang masih ada dan terbuka luas.
Kesimpulannya PR perlu kekalkan momentum perjuangan yang sedia ada. Tingkatkan dan buktikan bahawa kita mampu memerintah dan menerajui kepimpinan negara satu hari nanti..Akhir kalam.berISTIQAMAHlah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI