Isnin, April 27, 2009

Henti bincang bebas Shalit kerana Zionis teragak-agak.

Written by admin from on April 27th, 2009 | 2 Comments

Isnin, 27/04/2009 - Seorang penganalisis politik, Dr Anis al-Naqqash berkata bahawa keputusan kerajaan Zionis memberhentikan perundingan tentang pertukaran tentera Zionis yang ditawan Gel’ad Shalit adalah kerana keadaan teragak-agak yang sedang dilalui oleh kerajaan golongan kanan sekarang.

Beliau menegaskan dalam satu dialog khas dengan Biro Penerangan HAMAS pada hari Ahad (26/4) yang salinannya diperolehi oleh Pusat Media Palestin bahawa polisi kerajaan Zionis sekarang tidak jelas hingga kini, dan ia tidak tahu bagaimana berinteraksi dengan isu-isu yang sedang diperbincangkan. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan Zionis sedang menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat agar ia mengubah polisinya agar sesuai dengan polisi baru pentadbiran Amerika terhadap rantau ini.

Dr Anis juga menyatakan bahawa kerajaan golongan kanan Zionis sekarang tidak akan memulakan perbincangan tentang mana-mana isu sebelum mendapat gambaran yang jelas tentang pendirian Amerika Syarikat. Inilah sebab utama kenapa kerajaan Zionis hingga kini masih tidak memulakan perbincangan tentang mana-mana isu berkaitan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI