BUKIT GANTANG : Undang-Undang & Arahan Yang di Keluarkan Semakin ALTANGILA..
12 Permit Untuk BN 3 Untuk PR
Polis Perak dibidas hari ini keana ketidak-adilan serta mengenepikan permohonan permit parti dari Pakatan Rakyat di dalam permohonan mengadakan ceramah untuk pilihanraya Bukit Gantang.
Daripada 15 permit yang diluluskan, 12 adalah untuk Barisan Nasional dan hanya 3 untuk Pakatan Rakyat.
Tindakan polis yang menolak permohonan permit untuk DAP memberikan ceramah di Taman Molek, Jalan Simpang, Simpang, Taiping di sini juga disifatkan sebagai satu tindakan yang melanggar perlembagaan negara iaitu kebebasan untuk berucap dan bercakap.
Ahli Parlimen Taiping merangkap pengarah pilihan raya DAP di Bukit Gantang, Nga Kor Ming membidas tindakan polis menolak permohonan permit itu sebagai satu tindakan terdesak dari pihak Barisan Nasional (BN).
“Jika alasan penolakan permintaan itu adalah relevan tidak mengapa, kami boleh terima tetapi alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah DAP bukan parti yang bertanding.
“Tindakan terbaru BN ini menunjukkan bagaimana mereka menggunakan polis untuk menafikan hak kami untuk mendekati rakyat.
“Apa yang lebih kami kesalkan di sini ialah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang seharusnya menjadi orang tengah dan memastikan pilihan raya berjaya dengan adil, telus dan bersih juga kini seolah-olah memihak kepada BN.
“Sudalah media arus perdana dan media elektronik sudah disekat, kekuatan kami iaitu ceramah menggunakan mulut pula kini tidak dibenarkan.
“Ini merupakan satu ancaman kepada demokrasi negara dan penindasan kepada Pakatan Rakyat (PR),”katanya dalam satu sidang media di wisma DAP di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI