SURAT "DAJJAL" DARI KAPAR (!?)
Assalamu 'alaikum...
Maaflah kalau tajuk artikel ini agak keterlaluan. Akan tetapi ana rasa tidak seorangpun dari kalangan pembaca yang tidak setuju dengan gelaran tersebut diberikan kepada yang ampunya surat ini.... mari sama-sama kita lihat dan teliti dengan saksama dilink berikut:
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2009/04/salinan-surat-dajjal-dari-kapar.html
Cuma nak tanya... berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tahu mengenai surat ini. Apakah surat ini hanya diguna pakai di kawasan yang dimaksudkan... atau sebenarnya dikuatkuasakan diseluruh Negara?
SERUAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA
1- Yang menjadi PENYOKONG atau Ahli kepada UMNO.
2- Yang kononnya berada DI ATAS PAGAR.
3- Sekelian rakyat JELATA seluruh Negara.
Fahamilah ISI kandungan surat DAJJAL dari Kapar Selangor ini. Betapa MUNGKAR dan jijiknya strategi mereka dalam MENGHANCURKAN kefahaman Islam rakyat jelata apabila mereka berusaha MEMPERTAHANKAN KUASA sekalipun terpaksa MENGENEPIKAN Agama.
Mereka begitu "Tega" (sampai hati) dan sama sekali tidak merasa BERDOSA melakukan perkara yang terkutuk ini. Mereka sanggup menggadai Agama dan MEMPERBODOHKAN Para Ulamak yang menjadi penyokong mereka sekaligus memperbodohkan rakyat jelata. Sebab itulah kita dengar FATWA SONGSANG terpacul dari mulut Ulamak UMNO dalam mempertahankan KETUANAN UMNO. UMNO juga telah menjadikan Para Mufti sebagai "Syaitan Bisu" apabila tidak diberi kebenaran untuk memberi FATWA YANG BENAR mengikut Al-Quran dan Al-Hadith.
Ana sungguh simpati dan sedih dengan para ulamak (UMNO) yang terjerumus kelembah kehinaan sebagai "Ulama-Us-Suuk" kerana semata-mata mengikut telunjuk kerajaan, dicucuk hidung dan mengutamakan "Periok Nasi" atau digelar sebagai "Hubbud-Dunia" (Cintakan dunia).
Apalah yang dapat kita harapkan lagi pada UMNO untuk mendaulatkan Agama Islam jika agenda mereka semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Demi kuasa mereka sanggup berbuat apa sahaja sekalipun MENJUAL AGAMA mereka sendiri. Itulah mafhum dari Isi surat yang diberi gelaran sebagai "SURAT "DAJJAL" DARI KAPAR (!?)"
Dalam kesempatan ini juga Ana mengajak kepada:
1- Golongan UMNO samada Ahli Biasa hingga Ke atas.
2- Golongan Atas Pagar.
3- Golongan yang telah ditipu oleh UMNO (bukan Ahli/Penyokong PAS)
agar BERTAUBAT DAN MENINGGALKAN PARTI DAJJAL (UMNO) itu secepat mungkin dan segeralah mendaftar sebagai Ahli PAS. Ana cuma memperingatkan saja... yang penting ana dah sampaikan dan ana tak mahu didakwa di akhirat nanti.
Sekian terima(lah) kasih,
Azhari(s)
Ambuyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI