Jumaat, Mac 06, 2009

Sultan Selangor Anggap Pakatan Rakyat Biadab

Sultan Selangor Anggap Pakatan Rakyat Biadab

Oleh:saya_bebas

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-Raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam Perlembagaan.

Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka sudah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat.

"Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang?

"Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda ketika merasmikan pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat ini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Bernama


Apa komen penyokong2 PR?

KOMEN 1
woi bangsat, ko ingat yg hina raja orang PR ker, sape yg bawa lari kakak sultan selangor kawin kat siam kalu tak mat taib, ketua penerangan umno malaysia

KOMEN 2
sultan selangor kutuk amno lah..bkn pr..tu pun hg tk paham2..

2 ulasan:

  1. dimana sultan sgor ketika sutan trengganu di panggil binatang oleh org kuat deris sndri? org diris tentu org umno. org putrajaya yg sokong deris dri belakang pun org umno?

    BalasPadam
  2. Mana ada Baginda menyebut Pakatan Rakyat??????????????baginda menegur semua pehak, siapa makan cili dia yang terasa pedas. Jangan sewenag-wenang nak babitkan Pakatan Rakyat,UMNOBN lepas kemana.

    BalasPadam

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI