Isnin, Mac 09, 2009

Memang P.RAmlee Ahli Nujum yang hebat

Memang P.RAmlee Ahli Nujum yang hebat
Dilulus terbit pada Saturday, March 07 @ 10:24:37 MYT oleh TokPenghulu

Komentar Oleh md daud yusri fie

Seperti kata katanya dalam filem 'seniman bujang lapok'
'HAri ini beta berasa bangga, dan betalah yang digelarkan setan aminul rashid' 'bukan setan lah syaitan,sultan' marah oleh director ahmad nisfu Dialog itu seperti P.Ramlee ada tersimpan sedikit marah pada pemerintah kita dahulu.

disini P.Ramlee juga melihat persekitaran yang wujud dizamannya cukup sinonim dengan zaman yang kita lalui.Kritik beliau cukup bersahaja tetapi amat mendalam.Cara kritikan beliau amat terlindung dan cuma hanya orang yang teliti sahaja dapat merasai kritikan beliau.P.Ramlee adalah seorang yang peka dengan perkembangan sekelilingnya dan amat kritis dan mendalam cara kritkan beliau.Bolehlah dikatakan beliau adalah pemikir agung dalam politik dimalaysia dan bukan seperti Razak Baginda yang hanya menceritakan untung untuk nya.

Seperti didalam cerita nujum pak belalang
'satu untuk kau satu untuk aku,dua untuk kau dua untuk aku,ekkk untuk kau ekk untuk aku,apa2lah untuk kau apa2lah untuk aku'

Disini P.Ramlee menceritakan bahawa pemimpin-pemimpin kita ini ibarat perompak yang membahagikan harta sesama mereka tanpa rasa malu dan segan.Sehinggakan apabila hasil rompakkan tidak diberi sama rata antara mereka maka mereka mula bergaduh dan akhirnya rakyat terpaksa menanggung segala beban nafsu serakah mereka.

Ketika aziz ingin menjual surat khabar lama dalam cerita Seniman Bujang Lapok juga sarat dengan kritik.
'Ha tokey,ini surat khabar semua berapa ringgit?'
'Ringgit ka!!!! ,30 sen saja ooo' kata apek tuh.

Ini juga melihat betapa P.Ramlee cukup faham yang budaya bangsanya adalah ingin untuk kaya secepat mungkin.Sehingga apa yang ada hendak dijualnya dengan harga yang tinggi tanpa melihat rasionalnya perbuatan itu.

Adegan ketika ingin meminta kerja dengan manager Kemat Hassan.
'Ha awak bertiga, dulu ada pernah berlakon? kata MAnager kemat hassan
'eeeiii ada tuan,ada tuan' jawab diorang bertiga serentak dengan hanya bising yang lebih nak tutup cerita diorang tak pernah berlakon.

'Ha awak dulu ada pergi sekolah?'
'Ada tuan..saya sekolah melayu pas darjah 6,sekolah orang putih pas darjah 4 suku'
'Kenapa ada suku2 nya'
'Pasal masa tu jepun attack malaya tuan'
'Awak plak'
'ooo saya atas dari dia tuan'
'Senior cambridge?'
'eekkkk atas lagi tuan'
'Atas apa lagi?'
'Atas pokok'

Kelihatan macam lawak simple sahaja tetapi sebenarnya P.Ramlee nak bagitau kepada pemimpin kita bahawa anak bangsa kita diluar sana masih ketinggalan dalam pencarian ilmu hingga mereka ramai yang tercicir dan tidak bersekolah.Lihatlah cara pemikiran P.Ramlee dalam hasil karya ikhlas beliau ini.Bersahaja tetapi tepat buah fikiran beliau.

Sekian nanti kita hurai adegan-adegan yang terdapat dalam filem belaiu lagi.
'ILA GHAYATUL QUSWA'
md daud yusri fie
www.dacreativesniaga.biz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI