Ketagihan Gula Sama Seperti Dadah !!
From:"Sirajuddin Abbas"
Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik daripada Princeton Neuroscience Institute, yang diketuai oleh Professor Bart Hoebel telah menemui sesuatu yang sangat mengejutkan hasil kajian mereka mengenai ketagihan gula pada tikus akibat pengambilan gula yang berterusan.
Mereka telah mendapati ketagihan pada gula boleh menyebabkan perubahan pada tindakbalas kimia otak sama seperti akibat pengambilan alkohol, nikotin dan dadah narkotik. Lebih menarik lagi, tindak balas fisiologi badan seseorang penagih gula adalah didapati sama seperti ketagihan dadah - iaitu wujudnya kebergantungan pada bahan tersebut, dan apabila pengambilannya dihentikan akan menyebabkan suatu keadaan yang dikenali sebagai withdrawal syndrome.
Di dalam kajian yang dilakukan tersebut, apabila subjek (tikus) 'diberi' makan gula untuk suatu jangka masa, mereka mendapati kecenderungan untuk tikus tersebut untuk memakan gula pada kuantiti yang lebih banyak lagi akan meningkat.
Malah, apabila kumpulan penyelidik tersebut menukarkan gula dengan bahan lain seperti alcohol, tikus tersebut juga didapati meminumnya pada kuantiti yang banyak. Ini dipercayai kerana berlakunya perubahan di dalam otak akibat pengambilan gula yang berterusan pada mulanya. Hasilnya, subjek menjadi lebih sensitif apabila mengambil bahan yang dikenali sebagai pyschostimulants yang menjadikannya lebih hiperaktif, suatu keadaan yang sama akibat ketagihan dadah.
Bagaimana ia boleh berlaku ?
Apa-apa sahaja bahan yang boleh menyebabkan ketagihan - merangsang penghasilan sejenis neurotransmitter yang dikenali sebagai dopamine. Akibat pengambilan bahan yang meransang penghasilannya secara berterusan, otak tidak lagi menghasilkan dopamine secara semula jadi. Oleh itu, apabila pengambilan bahan yang menagihkan itu dihentikan, tahap dopamine di dalam otak juga akan merosot lalu menyebabkan withdrawal syndrome dan juga perubahan pada kelakukan dan sikap seseorang
Kesimpulannya, sekumpulan penyelidik ini telah merumuskan bahawa ketagihan gula tidak kurang bahayanya dengan ketagihan dadah. Selain itu, umum juga pasti menyedari pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan penyakit diabetis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI