Jumaat, Mac 27, 2009

Demokrasi sedang dikuburkan

Demokrasi sedang dikuburkan
Dilulus terbit pada Thursday, March 26 @ 11:16:47 MYT oleh TokPenghulu

Analisis Isu Oleh jimbojimi


Semalam ceramah Anwar Ibrahim di Bukit Selambau ditembak gas pemedih mata. Ceramah tersebut telah bertukar menjadi adegan kejar mengejar diantara politik dan hadirin. Klik disini untuk membaca berita dan gambar.

Semalam, permit Suara Keadilan dan Harakah telah digantung selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta.

Permit surat khabar digantung, ceramah umum diganasi. Ini adalah masa depan Malaysia dibawah Najib-Rosmah.

Demokrasi akan dikuburkan seratus peratus. Kuku besi akan dikembalikan. Inilah “reformasi” yang mahu dikembalikan kepada Umno. Mereka mahukan Umno kembali menjadi kuku besi.


Pengumuman : Perhimpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM yang kelihatan 'seronok' menjadi kuda

Gendang perang yang dipalu kerajaan amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BRP iaitu

* masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.

* masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleg didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.

Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Laporan ini menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI