UMNO mengesahkan usaha bunuh Speaker Perak
Dilulus terbit pada Thursday, February 26 @ 13:55:31 MYT oleh TokBatin
Oleh dewa
" Laporan polis oleh ADUN Canning, Wong Kah Woh merupakan episod terbaru dalam siri-siri ugutan bunuh oleh UMNO. ADUN Canning dilaporkan membuat laporan polis berikutan kempen web pro-UMNO mykmu.net yang secara terang-terangan menggesa agar Speaker Perak dan Nizar dibunuh.
"IPOH, 22 Feb (Hrkh) - Adun Pakaran Rakyat, Khalil Idham Lim (Titi Serong) dan Adun Caning Wong Kar Wah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontijen Polis Ipoh semalam berikutan tindakan laman Web mykmu.net yang memaparkan tulisan dari editornya yang..."
Forumer-forumer UMNO berulangkali menggesa agar Anwar, Nizar, dan Speaker Perak dibunuh. Adalah cukup pelik melihatkan polis yang membisu dan enggan bertindak buat masa ini. Tetapi, kita percaya polis akan segera menyiasat dan menangkap mereka yang terbabit apabila UMNO kalah pilihanraya kelak. Berdasarkan I.P address dan email mereka, pihak polis pasti akan mengesan penghasut-penghasut ini kelak apabila kepimpinan bertukar tangan. Bayangkan Munawir terkebil-kebil apabila pintu rumahnya diketuk oleh pihak polis kelak..
Laman web Mykmu.net sebelum ini juga menyebarkan fitnah dan berita tidak berasas dalam satu kolum dua minggu lepas yang melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.
Saya menggesa pihak polis agar membuat siasatan ke atas ahli-ahli dan kepimpinan UMNO yang kebelakangan ini asyik menggesa agar pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dibunuh. Saya turut menggesa agar polis meneruskan dengan siasatan ke atas Munawir berikutan beberapa laporan polis yang telah dibuat ke atasnya.
Saya percaya semua pihak khususnya pembaca dan moderator TKO akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam menangkap pihak-pihak penghasut terbabit.
Kalaupun mereka tidak dikenakan tindakan sekarang, pihak terbabit tetap akan didakwa dan dihukum dengan hukuman yang setimpal apabila BN tumbang kelak. Nantikan saja hari-hari dipenjara kelak...."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI