Ahad, Februari 15, 2009

TEKNIK MEMBERI TUMPUAN KETIKA DI DALAM KELAS

TEKNIK MEMBERI TUMPUAN KETIKA DI DALAM KELAS

Written by Administrator
Sunday, 01 June 2008

TEKNIK MEMBERI TUMPUAN KETIKA DI DALAM KELAS

1. Lihat ke arah wajahnya guru pada kebanyakan masa


Kenapa perlu untuk kita melihat ke wajah guru? Jawapannya kerana kita perlu membantu pendengan supaya tahap pemahaman adalah lebih tinggi. Kadang-kadang terdapat guru yang bersuara dengan amat perlahan, tetapi jika kita melihat wajahnya..kita dapat mengagak apakah yang sedang dibicarakannya.

2. Memberi respons terhadap pengajaran guru.

Ketika mendengar guru sedang mengajar, kita hendaklah berkata-kata di dalam hati seperti

* MACAM TU KE?
* O..BARU AKU TAU..
* OO YE KE?...
* OK OK OK...

dan lain lain lagi. Ini akan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk di dalam kelas.

3. Anggukkan kepala perlahan-lahan

Semasa guru sedangan mengajar, kita perlu mengganggukkan kepala kita secara perlahan-lahan. Ini akan menambahkan keyakinan pada guru kita..Akan tetapi, jika ada perkara yang tidak difahami, kita perlu menulis di dalam buku rojak kita..Perkara yg tidak difahami tersebut perlu ditanya pada guru sebelum guru melangkah keluar dari kelas.

4. SENYUM

Ukirkan senyuman di muka kita. Dengan itu, guru kita akan merasa gembira dengan penerimaan kita terhadap pengajarannya. Yang demikian akan merangsang guru untuk memberikan pengajaran yang lebih baik lagi.

Senyum itu kan sedekah..sedekah dapat pahala..jadi jangan bermasam muka, senyum pada guru pada bila-bila masa.Laughing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI