SEMUA ARTIKEL YANG DIPETIK DARI LAMAN EMJAY TELAH DIPADAM
Assalamu 'alaikum!!!
Merasakan KELAINAN terhadap artikel-artikel yang dipetik dari Laman Emjay telah mendorong ana untuk membawanya ke Forum TKO untuk dibincangkan.Setelah membawa beberapa artikel yg dipetik dari laman Emyay ke Forum TKO antaranya ialah:
1- Mengenai KENDURI dengan Tajuk: Kenduri Arwah-HARAM-TAK dapat nak tinggal!
2- mengenai Marhaban dan Barzanji: Berzanji Marhaban-MENYELEWENG?-macamana!
(Makluman:Kedua-dua thread tersebut telah DIKUNCI)
untuk dibincangkan, maka KESIMPULAN dari perbahasan mendapati bahawa EMJAY adalah tergolong dari kalangan WAHHABI SALAFI... yg BERTENTANGAN dengan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.
Ekoran dari itu maka saya telah MEMADAMKAN semua artikel yg telah dipetik dari Laman Emjay yang dahulu terdapat di BLOG ini.
Sama-samalah kita bersatu MEMERANGI ajaran sesat WAHHABI SALAFI melalui Laman-Laman yg MEMPERJUANGKAN hal ini seperti link-link berikut:
http://tablighster.multiply.com/journal
RAJA AHMAD MUKHLIS' SITE
BANK WAHHABI-SAIFUS SUNNI
JIHAD WAHABI
ISLAM Vs WAHHABI
sekian,
Ambuyat,
Berikut adalah komen lanjut dari ANAK PEJUANG (MOD:TKO):
BalasPadam"abdinabu":Susah jugak yer....
Saya pada hakikatnya... JADI KELIRU.... bila membaca pendapat EMJAY... itu sebabnya (saya sengaja) saya bawak untuk dibincangkan di TKO yg bagi saya boleh memberikan jalan PENYELESAIAN dalam perkara ini.
Saya yakin masih ramai dikalangan kita yg tak taku mengenai WAHABI SALAFI ni... namun kalau kita rasa KITA MEMANG BENAR... mahu tidak mahu kita kena SEDARKAN Puak2 itu...
Boleh beri senarai nama puak2 ni... (demi waspada) betul ker Bekas Mufti Perlis Dr.MAZA juga WAHABI?
Terima kasih kerana memberi layanan baik..
Semoga kita TERSELAMAT dari segala KESESATAN di dunia dan berjaya menuju akhirat dalam GOLONGAN yg diridhai Allah SWT.... Amin!!!
ANAK PEJUANG MENJAWAB:
Untuk pengetahuan tuan, dr Asri memang membawa fahaman wahhabi salafi. Banyak pembongkaran yang dilakukan oleh bloggers lain yang sedar tentang perkara ini. Walaupun beliau tidak mengakuinya tetapi melalui perkataannya sendiri dari artikel iaitu
1. Dengan mudah melekehkan aliran asya'iroh (pengajian sifat 20) contohnya : [url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm]DI SINI[/url]
2. Menghina sheikh al barzanji, menuduh dengan tohmahan tanpa menyelidik kepada ahlul bait contohnya di sini : [url=http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=441&extra=page%3D1]DI SINI[/url] - Ia didedahkan oleh ahlul bait di malaysia sendiri dan dibahaskan [url=http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=601&extra=page%3D1]DI SINI[/url]
3. Melekehkan dan menghina -guru pondok : [url=http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2007/03/gelagat-dr-asri-menyindir-dan-menghina.html]DI SINI[/url] - didedahkan oleh penulis blog - Ustaz IbnuMasran
4. Tahlilan, kenduri arwah tak usah dikata. Belum lagi ditambah ia memfitnah ulamak mazhab syafie iaitu imam al subki. Dan banyak lagi..
Antara nama mereka lain yang terbabit (jangan terkejut - ini setelah saya buat kajian sendiri dan sahabat lain yang sudah lama melibatkan diri dalam dakwah dalam internet antaranya alexanderwathern dan sebagainya :
1. maszlee malik
2. Hafiz firdaus (pernah menghukum sesat kepada aliran asya'iroh - disamakan dengan fahaman jahmiyah). Ia telah memfatwakan harus memakai kasut dari kulit babi dan makan dari pinggan tulang babi. Ia mengaku tidak pernah belajar dengan ulamak tetapi gurunya adalah buku. Dan meminati hadith.
3. rasul dahri
4. al-fikrah.net
5. al-ahkam.net (sekarang ini dah slow sikit wahhabi salafinya - kami di TKO pernah berdebat dengan ahli al-ahkam di TKO sendiri antaranya blasta-C4, astronaut dan ramai lagi)
6. Blog authentic blogspot.com (masri a.k.a mujahid a.k.a muslimz87, a.k.a masri2) budak ini pelajar Uia dalam bidang ekonomi. Tetapi pernah menghukum imam an nawawi dan imam ibnu hajar al asqolani terkeluar dari aqidah ahlu sunnah wal jama'ah. Ia juga penulis kepada blog soal-jawab agama.
7. Abu Anas al Madani
8. Darulkautsar - Maulana Yusof Asri. Berhati-hati dengan laman web ini kerana dengan menggunakan al Quran dan Sunnah ia hanya mengambil pendapat untuk menyokong golongan mereka.
9. Majalah i, alaf 21, - berhati-hati terbitan karangkraf ini ramai penulisnya membawa fikrah wahhabi salafi termasuk an nawawi da blog (ini penyebar salafi wahhabi besar). - menghukum syirik kepada selawat syifa' (sebagaimana yang sudah saya terangkan dalam TKO.
10. Buku terbitan jahabersa dari johor bahru - banyak menerbitkan buku dari mereka yang berfahaman wahhabi salafi seperti abu ruwais, hafiz firdaus, dr asri dan ramai lagi.
11. buku majalah HIDAYAH
Sebenarnya banyak lagi tuan.. mereka telah berkembang di internet sekian lama. Dan banyak pengikut2nya terdiri dari pelajar universiti, golongan profesional.
Senang ceritanya begini :
1. Jika tuan ada melihat dalam blog atau tulisan tertentu dengan mudah mengatakan amalan ibadah yang dibuat oleh ulamak dan umat Islam sebagai bid'ah sesat, syirik, tanpa hak. Maka itulah mereka yang samada pro wahhabi salafi, atau terkena jerat wahhabi salafi, atau yang hanya mengaji dari internet semata-mata atau itulah pembawa fahaman wahhabi salafi.
2. Jika mereka itu membawa fahaman - ALlah itu bertangan, berwajah (iaitu menjisimkan ALlah) ini adalah wahhabi mujassimah.
3. Melekehkan ulamak-ulamak muktabar
4. yang mengatakan diri mereka sahajalah puak yang benar dan selalu menggunakan motti : Ikutlah al Quran dan hadith sahih (mereka menolak hadith dhoief) yang jahil pula akan tolak juga hadith hasan.
5. Yang anti mazhab - kata mereka mazhab haram, taqlid haram dan menyamakan dengan ikut buta tuli kepada nenek moyang yang tidak mempunyai agama. Mereka kata ambil sahaja al Quran dan hadith (walaupun tidak berkelayakan untuk mengistinbath hukum sebagaimana ulamak mujtahid)
6. Taksub kepada ulamak saudi seperti Uthaimin, Bin Baz, Soleh Fauzan Albani (albani ini banyak masalahnya dalam perkara hadith dan beliau sendiri berani mencampuri urusan feqh sehingga mengeluarkan pendapat yang syaz yang bertentangan dengan ijmak ulamak). Terlalu taksub kepada Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim al Jauzi. Tetapi kadang-kadang mereka meningalkan juga pendapat ulamak2 ini kerana ada juga yang bertentangan dengan pendapat mereka yang suka menghukum sesat dan masuk neraka itu.
Itu sahaja buat masa ini untuk panduan tuan.
WaLLahua'lam.
KOMEN DI ATAS DIPAPAARKAN SETELAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARI ANAK PEJUANG SENDIRI.
BalasPadamPermohonan oleh Ambuyat:
Salam...
Sekali lagi TERIMA KASIH BANYAK2.... Allah Yaftah 'alaik!
KALAU TAK JADI KEBERATAN:
1-Mintak Checkkan Blog Ana: http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/
(mana tahu ada link yg MENYELEWENG)
2-Boleh tak senerai golongan sesat yg tuan jelaskan itu ana letakkan sekali dengan/dalam ni: http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2009/02/semua-artikel-yang-dipetik-dari-laman.html
3-Nak BERKENALAN lebih lanjut di- abdinabu@yahoo.com
Sekali lagi minta maaf banyak2 kerana menggangu tuan.
Syukran jazilan wa jazakumullahu khairan kathira.
Ambuyat.
Jawapan oleh Anak Pejuang:
wa'alaikumussalam wbth tuan abdinabu..
insya ALlah, jika ada kelapangan saya akan jenguk blog tuan yang banyak info tu Smile.
tuan boleh senaraikan nama2 tersebut sebagai satu langkah berhati-hati terutamanya mereka yang kurang atau tiada langsung latar belakang asas ilmu agama agar tidak terus ambil pendapat dari mereka itu.
Wahhabi salafi ini telah jauh merebak di dalam internet.. bahkan banyak tulisan mereka yang disebarkan..
saya ada bukti telus dari laman web wahhabi salafi sendiri yang telah menghukum sesat golongan asyairah, ikhwanul muslimin termasuk imam hasan al banna, yusof al qardhawi, tarekat sufiyyah (secara total), tabligh..