Perkataan "Allah" dalam penerbitan Kristian tidak lagi dilarang
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.
Perintah tersebut berbunyi : ''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan 'Khusus Untuk Penganut Agama Kristian'.''
Sinar Harian - N13 28/02/09
Kuala Lumpur-Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu pengunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan Kristian tidak lagi dilarang.
-Patut nya benda mcm ni yg kita bermati-matian tentang, bukannya hal politik.
-Tengok, bila benda ni berlaku tiada siapa pun mahupun pekida, pas, umno atau pun badan NGO islam nak lawan atau cabar! Tetapi bila bab politik berebut-rebut nak tunjuk hero!
-Nampak tak, dalam sibuk kita berpolitik rupanya pihak ini mengambil kesempatan pasal perkara ini.
-Mana hero hero islam kat Malaysia ? Mana hero2 Melayu ?
-Kenapa senyap tentang ni ?
Percaya lah, satu hari nanti akan tiba masanya anak2 kita akan tersesat kerana pengunaan nama Allah oleh pihak Kristian ini.
Bijak sungguh pertubuhan Kristian ini, sanggup gunakan apa saja cara nak luaskan pengaruh mereka di Malaysia.
Yg melopong hanya kita.
Aku pun fade up dgn Kerajaan Malaysia mulai hari ni iaitu UMNO dan sedikit sebanyak PAS, PKR pun lebih kurang sama sahaja. Tidak mahu ambil tahu pasal masalah ini.
Dan ini....
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.
Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.
“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
awat slow sangat MUFTI-MUFTI dalam Isu ni?, Ulul Amri bukan kah lambang Kedaulatan dan instutusi yang melindungi Agama Islam, termaktub dalam Kitab Lord Reid (Perlembagaan Malaysia).
apa agaknya sahibul Wilayah Persekutuan nak kata , apa dalil Mufti Wilayah pulak. bukankah MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI?, dah JADI baru nak terkejut?, selama ni apa tindakan/gesaan mereka yang bergelar MUFTI?
Dipetik dari:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15941
Kerajaan tarik balik kebenaran guna kalimah Allah: Syed Hamid
BalasPadamKOTA KINABALU: Kerajaan akan menarik balik pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly kerana penggubalan peritah itu yang diwartakan pada 16 Februari lalu, silap.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menegaskan akibat kesilapan itu, ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan itu sedangkan kementerian sudah membuat keputusan melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.
Sambil mengakui kesilapan yang dibuat kementerian itu ketika membuat perintah itu, Syed Hamid menjelaskan tiada pihak bukan Islam yang dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.