Salam.
Nilai Seorang Manusia
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa
paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang
kepada niat hati dan amalan-amalan kamu."
Riwayat Muslim
Huraian
i) Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak
pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada
rupa parasnya. Jika baik tingkahlakunya maka baiklah
dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.
Ii) Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada
tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah
pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan
itu sendiri.
Iii) Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara
dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu
ebaikan yang ada 'udang di sebalik batu' tidak boleh
dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud
ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan
semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak
mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.
Iv) Lawan ikhlas adalah riya' iaitu membuat sesuatu
kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk
(mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak
pahala daripada Allah S.W.T.
V) Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti
dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan
itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan
semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap
bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai
satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan
tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.
vi) Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan
produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang
bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin
kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.
--
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..
Ya ALLAH!!
Manakala hati ini menjadi keras dan semua
jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku
kepada keampunanMu sebagai tangga
keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI