KEBAIKAN SIKAP BERFIKIRAN NEGATIF
Dalam sesetangah situasi, adakalanya fikiran negatif dalam minda kita memainkan peranan penting. Kebaikannya, kita akan nampak risiko yang mungkin timbul, kesan buruk yang mungkin berlaku atau kesilapan yang mungkin boleh muncul tanpa disangka-sangka hasil dari fikiran negatif, kerana kita nampak apa yang buruk disebalik sesuatu.
Fikiran-fikiran negatif sebegini membuat Anda bersedia mendepani apa saja yang akan mendatang kerana apa saja boleh berlaku.
Tetapi, jangan biarkan fikiran Anda dikuasai sepenuhnya oleh fikiran negatif hingga Anda tak sanggup berusaha dan tak sanggup berani melakukan sesuatu yang perlu dilakukan oleh Anda. Ambil fikiran-fikiran negatif terhadap sesuatu situasi sebagai persediaan saja, tapi kecilkan ia di minda supaya tidak menghalang Anda dari bersikap optimis, berani dan bersemangat.
Orang berjaya tahu mereka tak mungkin dapat membuang fikiran negatif sehabis mungkin, tetapi hanya mengecilkan saiznya di dalam minda mereka. Mereka lebih menumpu pada apa kebaikan yang akan mereka dapat setelah berjaya melalui risiko, kesilapan dan kegagalan yang mungkin akan mereka hadapi.
Contohilah orang yang berjaya. Mereka fokus pada apa yang mereka idamkan, mahukan, cita-citakan. Walaupun sebenarnya dugaan dan cabaran banyak menyentak semangat mereka, namun mereka takkan pernah berhenti dari rajin berusaha. Terapkan sikap ini dalam diri Anda.
Saya, Anda dan kawan-kawan kita di luar sana berdepan risiko, kesan buruk dan kesilapan sepanjang masa. Kita tak akan dapat mengelak kerana ia diluar kawalan kita.
Tetapi, kita dapat menyediakan diri menghadapi risiko, kesan buruk atau kesilapan kerana kita boleh mengawal tindakan kita. Maknanya, fikiran, idea dan perangai kita masih berada dalam kawalan kita. Oleh itu, kita kena kawal dengan sebaiknya, biar mendatangkan hasil amat yang bagus, hebat sekali.
Sebagai contoh, perkahwinan yang dibina, berisiko untuk runtuh bila-bila masa. Cinta yang dalam lama berbunga, boleh layu bila-bila masa. Perniagaan yang dah lama kukuh berdiri, boleh ranap dalam tempoh satu hari.
Semua adalah risiko yang mungkin boleh menjadi realiti. Tapi, kita boleh berusaha mengekalkan kebahagiaan perkahwinan, kemanisan percintaan dan kekukuhan perniagaan dengan mengawal tindakan, fikiran, idea dan perangai kita termasuk percakapan dan perbuatan kita.
Dalam hidup, sepanjang masa akan ada dua. Misalnya, siang dan malam, hitam dan putih, Mars dan Venus, positif dan negatif. Anda boleh pilih mana yang Anda mahu dan mana yang Anda nak jadikan sebagai identiti Anda, sikap juga idealisasi Anda.
Yang pasti, dalam proses membuat keputusan pilihlah satu pilihan yang boleh menjadikan Anda menjadi orang paling cemerlang, lebih cemerlang dari kalangan orang-orang cemerlang, sama ada dalam pelajaran, kerjaya, keluarga, perniagaan dan kewangan. Usah takut jika terfikir fikiran-fikiran negatif, terima hakikat ia juga ada kebaikan tersendiri.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI