Karpal terus kritik Pemuda UMNO (KJ)
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Bukannya hendak meminta maaf, sebaliknya hari ini Karpal Singh (gambar) menggelarkan pula Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai - budak kecil dan juvenil.
Dalam maklum balas kepada desakan Khairy supaya beliau mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhannya yang pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru kepadanya, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata:
"Khairy sepatutnya belajar daripada bapa mertuanya (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). Saya bersama beliau telah memasuki Parlimen sejak 1978.
"Saya sudah berada dalam Parlimen selama tujuh penggal, siapakah Khairy Jamaluddin untuk mencabar saya.
"Saya tiada masa untuk Khairy, jikalau saya ada masa, baik saya gunakan untuk urusan lain."
Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di luar Istana Negara di sini hari ini.
Semalam, Khairy Jamaluddin memberi tempoh 24 jam kepada Karpal untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.
Terdahulu, sekumpulan ahli pergerakan itu dari Selangor berdepan dengan Karpal di pekarangan Parlimen, menuntutnya meminta maaf berhubung panggilan 'Pemuda UMNO celaka' di dalam Dewan Rakyat.
Bagi Karpal, beliau tidak gerun dengan 'ugutan' Khairy.
"Ini merupakan satu ugutan daripada Khairy terhadap saya. Saya tiada masa untuk juvenil politik.
"Saya ingin menjelaskan di sini, saya tidak takut kepada sesiapa. Jangan ugut saya...Jangan ugut saya," tegas beliau berulang kali.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI