GOLONGAN2 YG DI MURKAI ALLAH
From:"Suggeh Tenan"
1. Manusia iaitu penganut Yahudi, Kristian, murtad dan munafik.
2. Ilmu dan Amal serta latihan pertahan diri yg di bangsakan kpd
"NURULAN" (cahaya cerah samar2) ialah keperkasaan yg di kawal,
dipelihara, dijaga oleh jin islam yg soleh atau jin islam yg fasik yg mana
mereka ini patuh kpd sarat yg sama dgn hukum atau syarat yg harus
dgn hukum syarak sebagai taabbud dan minta tolong.
3. sifat2 mereka;
a. Perjanjian yg di sertakan dgn sumpah di luar fatwa fiqh syarie sama ada
dlm mazhab Hanafi, Maliki, Syafie atau Hambali.
b. Berada didlm Iktiqad mulhid atau Wahdatul Wujud.
c. Berada dlm Iktikad Tanasikhul Arwah
(mengiktiqadkan roh nabi2 atau wali2 atau malaikat diizinkan menjelma
masuk dlm badan manusia menggantikan diri)
d. Beriktiqad wirid, jampi, doa, azimat, keris atau selain dpd ALLAH boleh
menghasilkan sesuatu atau menunaikan sesuatu.
e. Tidak mengetahui asal usul ilmu dan amal latihan itu dari mana, dimana,
ke mana tujuannya.
f. Ahli tarikat yg putus salasilah ilmu dan amal serta latihan. Ahli wirid yg
tiada sanad dan salasilah guru.
g. Ulama ussuk (jahat)
mereka yg merombak rungkai ayat2 ALLAH melalui perbuatan atau perkataan.
Dan ahli pertahanan diri yg berpegang teguh dgn adat kebudayaan,
keturunan atau warisan yg bercanggah dgn akidah dan syariat Islam.
h. Kelompok ini jika dari org melayu, terdiri daripada Raja, Panglima, Hulubalang,
ulama ussuk (jahat), Ahli tarikat yg tiada sanad dan salasilah, Rabitah dan Wasilah.
i. Tok pawang, Tok bomoh, tok dukun, Tok bidan, Mak andam, Tok mudim,
Penjaga kg halaman yg tengelam timbul dlm melaksanakan perkara yg wajib
meninggalkan segala yg sunat serta bergelumang dlm syubhah dan makruh.
tidak berpaut kpd lima hukum wadhoi iaitu, syarat, sebab, makni, sah, batal
di dlm melaksanakan tiap2 sesuatu hukum taklif iaitu wajib, sunat, haram, makruh
dan harus. Berakhlak sebagai org lalai separuh binatang separuh manusia.
menolak mazhab muktabar dlm usuluddin, syariat dan akhlak atau tidak jelas
berada di dlm mana mazhab yg rojeh lagi muktabar dlm bab usuluddin,
fikah dan akhlak.
j. Pengamal2 ajaran sesat; sesat akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan
pengorbanan harta. mereka ini mengambil Thogut sebagai wali dlm ubudiah
dan minta tolong. mereka juga menjual agama, maruah keturunan, darta dan tanah air.
k. Lahir pada mereka penyakit gangguan dan saka baka.
l. Lahir di tangan mereka keperkasaan yg di namakan istidraj dan sihir peringkat tinggi.
m. tabiat mereka berada dlm perangai yg sentiasa tidak puas hati, fitnah, melakukan
kerosakan atas muka bumi, serta mengkhianati sesama manusia melalui sihir.
n. mata, telinga, lidah, kaki, tangan, perut, kemaluan dan hati mereka berada
dlm cahaya yg samar2 semasa di dunia dan di alam barzakh serta berada di hari
mahsyar berhadapan dgn neraca timbangan jika berat timbangan kebajikan
maka syurgalah mereka dan jika berat timbangan kejahatan maka ke nerakalah
mereka sama ada sementara waktu atau kekal di dlmnya selama2nya.
ALLAH menyeru mereka dgn firmanNya;
Mafhumnya; Dan bersegera oleh sekelian kamu wahai golongan2 yg berada di dlm
kemurkaan Tuhan kepada jemaah2 yg mendapat keampunan Tuhan
yg bagi mereka itu telah disediakan syurga yg sama luasnya dgn tujuh
langit dan tujuh bumi spt yg telah diperuntukan bagi org2 Muttaqin.
(surah Al-Imran : ayat 133)
petikan dari buku CERAH MASA DEPAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI