Selasa, Januari 27, 2009

Takhta Harapan

Takhta Harapan
Dilulus terbit pada Wednesday, January 21 @ 16:30:25 MYT oleh TokPenghulu

Teladan Oleh ilzam

"artikel ini berkaitan keadaan TPM yang kite sayangi ini. Mcm ner keadaan najib skang ni? setelah 2 kali menjadi ketua Pilihan Raya Kecil dan tewas di dua2 tempat. malah dikaitkan lagi dgn kes altantuya di mahkamah..
sure panas giler2 skang ni. Mungkinkah ini berkaitan PM yang xmahu melepaskan kerusi empuk itu? Enjoy seterusnya..

Tika itu
Aku takjub melihat kau berkata2
Jiwaku benar kagum
Hatiku berkuntum2.
Nuraniku berkata, kau pasti maksum

Saat kau dipilih manusia
Menjadi pemimpin mereka
Kau bangkit menyahut cabaran
Berjanji mengubah nasib mereka.
Wah, Kaulah ibarat wira harapan
Satu2 nya didunia
Pengubah landskap Negara

Saat kau berada dikelompok wira
Kau belum lagi diangkat ke takhta
Kau bijak membawa bicara
Bibirmu merah menyusun kata
Mulutmu harum mengeluarkan nada
Kata2mu ibarat mutiara.
Bicaramu penuh makna

Saat ini,
Kau bakal diangkat ke takhta
Dijanjikan singgahsana mulia
Kau tersenyum sendirian
Manusia dahulu kau lupakan.
Yang mengangkat kau ke persada wira
Golongan bangsawan lebih diutamakan

Kau mula memasang angan
Teman2 kau persiapkan
Tanah mana bakal kau bangunkan
Ruang mana bakal didirikan
Itulah perubahan yang kau janjikan
Tapi bukan untuk manusia kebanyakan
Untuk saudara, teman dan rakan taulan

Tika kau dituduh org kebanyakan.
Melakukan angkara bersama teman
Keris kau angkat tanda kemarahan
Kau tidak mungkin melakukan

Kini kau bakal dihadapkan
Angkara kau telah dibongkarkan
Kau terperosok sendirian
Ahh.. tahkta itu melambai tangan
Mungkin kau tiada lagi harapan

Sir Ilzam
Jumaat, 160109
http://sirilzam.blogspot.com"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI