SUMBANGANKU DARI JAUH UNTUK
PRK P 036 KUALA TERANGGANU
Siapalah aku nak tunjuk taring,
Umpama seekor hama yang baring,
Mulut bercakap air liurpun kering,
Belum layak jalan beriring.
Allahlah Tuhanku dan juga Tuhanmu,
Namun ‘mereka’ ejek Hudud hukum Agamamu,
Gerangan apa mereka memusuhimu,
Anggap saudaranya seperti jembalang hantu.
Nampaknya mereka jelas bertuhankan nafsu,
Kocek mereka dipenuhi wang pembeli susu,
Umpama DAJJAL mereka manipulasi segala issu,
Dengan bangga mereka menjadi Syaitan Bisu.
Apa lagi yang mereka mahu,
Rakyat dah ditipu semahu-mahu,
Ingatlah AMARAN Allah yang telah lalu,
Janganlah berlagak tak tahu malu.
Aku hanyalah Blogger kerdil,
Umpama hama punyalah kecil,
Hidup pulak jauh terpencil,
UMNO BN tetap menggigil.
Namun hasrat untuk menyumbang,
Teringin melihat UMNO kecundang,
UMNO BN wajib ditendang,
Kuala Terengganu PAS yang menang.
PRK P O36 tak lama lagi,
Kepala mereka kita seligi,
UMNO BN dah tayang gigi,
Akhirat nanti janganlah rugi.
Lawatlah Blog ana yang tak seperti,
Ada disedia LINK yang bererti,
Tekan jer boleh perhati,
Elok menyokong PILIHAN HATI.
Ramai juga orang berkunjung,
Eloknya penggunjung budi disanjung,
Niat dihati turut menjunjung,
Gagasan PR sampai ke hujung.
Gembira sungguh ku merasanya,
Ana menyumbang ala kadarnya,
Nak ke sana besar ongkosnya,
Untunglah “Siber” pengantaranya.
Ya Allah kurniakanlah KEMENANGAN kepada Calon PAS dalam PRK P 036 Kuala Terengganu…. Aamiiiin!
Ambuyat El-Binangkit.
09 Muharram 1430H
06 Januari 2009M
08:35PM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI