Isnin, Januari 12, 2009

Sepintas Lalu Kisah Awal Penubuhan Maahad Al-Ansori

Friday, January 2, 2009
Sepintas Lalu Kisah Awal Penubuhan Maahad Al-Ansori

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

Pengasas Maahad ialah Azhari Bin Abu Hassan bersama isteri beliau Nurzahidah binti Hashim. Pelajar pertama adalah anak mereka sendiri iaitulah Muhammad Adam Bin Azhari, Nuramira Binti Azhari, NurNabilah Binti Azhari, Muhammad Amin Bin Azhari dan Muhammad Aslam bin Azhari.

Pada awalnya, mereka tak merancang untuk mengadakan sebuah pusat pengajian hafazan secara umum namun desakan seorang sahabat yg mahukan agar anaknya dididik menjadi seorang hafiz telah menjadi langkah pertama ke arah penubuhan Maahad ini. Atas dasar ukhuwah sesama muslim, mereka menerima amanah yang diberikan oleh sahabat beliau ini untuk mendidik anaknya menjadi seorang huffaz.

Masa berlalu bilamana para ibubapa mula menghantar anak anak mereka belajar dan tinggal bersama pasangan ini untuk program hafazan secara sepenuh masa. Para pelajar dihantar sendiri oleh ibubapa dan penjaga secara sukarela atas kesedaran agama tanpa membaca sebarang iklan atau hebahan kursus tentang Maahad ini. Secara umumnya, maahad bergerak atas dasar "Ilmu Dicari, Ilmu Tidak Mencari" . Tiada Yuran dikenakan atau ditetapkan ke atas semua pelajar lantaran tiada nilainya yang setara dapat dibandingkan dengan ilmu yg dicurahkan. Atas dasar Infaq para ibubapa dan penjaga serta masyarakat setempat sama sama membantu membiayai pembelajaran anak anak ini dan kos pengurusannya.

Justeru tiada iklan dibuat memandangkan 'ilmu itu dicari dan bukan sebaliknya, maka ada penduduk kampung Manjoi sendiri tidak mengetahui kewujudan sebuah pusat Tahfiz di kampung ini melainkan sebilangan yang kecil sahaja yang tahu. Ianya hanya beredar dari mulut ke mulut. Namun dalam pada itu, ada juga ibubapa yg jauh seperti dari Sabah, Sarawak dan Pantai Timur datang menghantar anak anak mereka untuk belajar di sini dan tinggal bersama pasangan ini di rumah pusaka tinggalan org tua Azhari di jalan Tali Api, Manjoi.

Masa terus berlalu dalam diam sudah dua (2) tahun sudah berlangsung program tahfiz al-qur'an ini dijalankan secara sepenuh masa oleh mereka. Maahad berjalan atas dasar Korban ibubapa dan masyarakat setempat dan melalui infaq oleh mereka yg prihatin akan perkara agama ini. Bilangan pelajar juga semakin meningkat apatah lagi apabila anak anak pasangan ini mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan menghafaz al-Qur'an. Terutamanya Nuramirah yang baru berumur 10 tahun ketika itu sudah pun menghafaz 30 juzuk al-qur'an dalam dadanya. Beritanya yg tersiar dalam akhbar dan majalah I keluaran 2006.
Beliau yg mula diajar tajwid pada umur 4 tahun dan mula diajar membaca Al-Qur'an ketika berumur 5 tahun dan berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Qur'an dalam masa 2 tahun selepas itu.


Beliau telah berjaya mendapat tempat kedua (naib Johan) dalam pertandingan menghafaz Al-Qur'an Peringkat Negeri Perak. Beliau ketika itu adalah merupakan peserta termuda yang mana peserta lainnya berusia antara 15 hingga 20 tahun.

Sehubungan dengan itu, Maahad (masih belum ditubuhkan ketika itu) mula mendapat perhatian orang ramai, para pelajar semakin bertambah sehingga mencecah bilangan pelajar seramai 40 orang secara tetap. Disamping itu, terdapat pelajar yg datang belajar pada waktu malam iaitu seramai 50 orang pada satu-satu masa.

Pihak Maahad juga mengambil peluang untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah ketika musim cuti sekolah dengan mengadakan Program Cuti Sekolah. Pada ketika ini, pada pelajar yg bercuti akan tinggal bersama secara sepenuh masa mengikuti program pembelajaran Al-Qur'an sepanjang tempoh cuti sekolah mereka. Ini memberikan peluang pada mereka untuk mengenali dan merasai akan cabaran dan cara hidup para pelahjar hafiz ini. Juga tidak secara langsung mudah mudahan menerbitkan rasa keazaman untuk menjadi seorang hafiz di kalangan para pelajar ini insyaALLAH.

Sehubungan dengan ini, sehingga kini iaitu setelah 2 tahun program pendidikan hafazan dijalankan dan setelah 10 tahun pengajian Al-Qur'an dijalankan utk anak anak sekitar kariah dan kampung, keperluan untuk menubuhkan sebuat organisasi yg tersusun dan kukuh mula timbul. Kawasan pengajian juga semakin sempit dan kurang sesuai dengan bilangan pelajar yg semakin bertambah. Atas dasar membantu agama, tak sampai di hati pasangan ini untuk menolak harapan para ibubapa yg menghantar anak mereka untuk belajar sepenuh masa sebagai pelajar Hafiz... ruang semakin sendat.

Justeru itu, akhirnya sebuah jawatankuasa telah dibentuk dan dalam masa yang sama juga lokasi pengajian dipindahkan ke tempat baru yang lebih luas dan sesuai untuk dijadikan sebagai pusat pengajian yang baru. Maka berpindahlah ke lokasi baru iaitu di alamat 21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh Perak. Terletak dalam linkungan 2.5 Km sahaja dari tempat asal pengajian iaitu rumah pusaka tinggalan orang tuanya Azhari. Rumah ini disewa pada kadar RM750 sebulan. Kalau sebelum ini tiada sewa yg perlu dibayar, tapi kini perbelanjaan semakin bertambah.

Senarai yang berikut adalah nama nama AJK yg telah dilantik dan bekerja untuk membantu pengasas Maahad ini memajukan perjalanan Maahad ini kelak.

Berita lanjut:
http://al-ansoriyy.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI