Khamis, Januari 22, 2009

MANUSIA SEDANG DI PERSIMPANGAN JALAN

MANUSIA SEDANG DI PERSIMPANGAN JALAN
from PakKaramu by ~PakKaramu~
Asssalamu'alaikum Wr,Wb

اِهْدِ نَا الصِّرَطَ الْمُسْتَقِيِمَ

Tunjukkan kami kejalan yang lurus Al Fatihah 6

Ketika mana umat islam melaksanakan solat, sama ada solat fardhu ataupun solat sunah maka mereka pasti memohon kepada Allah s.w.t supaya mereka di tunjukkan ke jalan yang lurus, bukan jalan yang bengkok

Persoalannya ialah sudahkan manusia yang mengerjakan solat itu berada di atas jalan yang lurus ? atau adakah umat islam yang melaksanakan solat itu benar-benar faham bahawa mereka memang berhajat kepada Tuhan agar di tunjukkan ke jalan yang lurus ? Kejalan yang lurus yang bagaimana ? kadangkala mereka yang mengerjakan solat itupun tidak faham apakah yang sebenarnya yang mereka lakukan di dalam solat tersebut tambahan lagi jika mereka tidak memahami maksud yang mereka baca, semuanya ikut-ikut saja

Kebanyakkan manusia merasakan yang diri mereka sudah lurus dan semua orangpun sudah merasakan bahawa diri mereka sudah lurus kerana jika mereka merasakan diri mereka dan orang lain tidak lurus maka yang pasti mestilah ada orang yang meluruskan mereka sekurang-kurangnya pehak yang bertanggungjawab, ertinya mereka semua sudah lurus selagi tiada orang yang meluruskan mereka

Jika mereka yang telah lurus maka yang belum lurus wajib di luruskan pula oleh orang yang lurus namun sebelum orang yang lurus meluruskan orang yang bengkok maka orang yang lurus itu pasti akan di fitnah ataupun di bengkokkan kembali oleh syaitan-syaitan dari kumpulan yang bengkok kerana yang lurus kebiasaannya akan berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dunia dan manusia syaitan dan yang bertaraf haiwan

Kehidupan orang yang lurus adalah kehidupan yang sering beresiko, tinggal mundur mereka itu jauh ke belakang dan kehidupan orang yang bengkok itu kebanyakkannya berbahagia dan maju ke hadapan, di antara yang maju dan mundur maka kebanyakkan orang senang dengan yang maju dan bengkok sebab senang cari makan dan senang pula berbuat apa saja yang mereka suka, kerana itu yang bengkok senang cari makan dan akan menjadi pilihan kepada orang yang di persimpangan jalan, Apakah pilihan tuan ?

Budaya manusia sekarang ialah budaya songsang dan bengkok, mereka hidup mewah, mereka ada rumah besar, mereka ada kereta banyak dan besar, mereka ada isteri besar, mereka ada harta besar dan banyak, mereka ada perniagaan besar, mereka ada apa yang di hajati, apakah orang lurus tidak mahu macam orang songsang dan bengkok ? Keliru dengan suasana yang ada maka orang yang sedang di persimpangan jalan yang sering bersolat dan memohon di tunjukkan ke jalan yang lurus akan kelabu mata dengan seribu penilaian yang berakhir menjadi buntu dan tidak dapat menilai yang mana lurus dan bengkok

Tuhan ! Tunjukkan kami kejalan yang kurus ! Kejalan yang mereka yang Engkau berikan rahmat dan nikmat, bukan kejalan mereka yang sesat yang Engkau murkai (Yahudi dan Nasrani) Bagaimana pula dengan orang yang munafik, fasik dan zalim ? Tidakkah mereka juga seperti Yahudi dan Nasrani ? kerana itu kebanyakan manusia sudah menjadi buntu untuk menilai yang sesat dan yang bengkok sebab yang sesat dan bengkok di tujukan kepada Yahudi dan Nasrani sahaja

Orang bengkok yang terdiri dari golongan munafik,fasik dan zalim kelihatan begitu hebat mempengaruhi golongan yang sedang berada di persimpangan jalan bahkan orang yang telah berjumpa dengan jalan yang lurus sekalipun menjadi keliru dan menjadi sesat akhirnya, pengaruh bukan saja datang dari kebendaan dan kata-kata bahkan alam yang berada di sekelilingpun turut menyesatkan dan mempengaruhi orang yang telah lurus dan kumpulan munafik,fasik dan zalim ini sentiasa pula menyatakan bahawa mereka ini sentiasa berada di landasan yang benar bagi mengelirukan manusia

Di dalam Al Quran Allah berfirman:

الذي ضل سعيهم فى الحيوة الد نيا و هم يحسبون انهم يحسنون صنعا

Orang-orang yang telah sia-sia amal ushanya dalam kehidupan di dunia ini,sedangkan mereka menjangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan (Al Khaf 104)

Firman Allah di atas menerangkan golongan yang telah sia-sia amalannya di dunia ini adalah golongan fasik dan kufur engkar, zalim dan munafik dengan ayat-ayat Allah dan yang tidak dapat petunjuk ke jalan yang lurus maka mereka sudah pasti terjerumus kepada jalan yang akan mendapat tempat yang tetap di akhirat iaitu kekal di dalam api neraka, golongan ini juga adalah sebagai golongan yang mengejek Allah dan RasulNya di samping sentiasa mengintip pergerakan kumpulan yang berjalan di landasan yang lurus, demikian juga ayat Allah yang menyatakan pada surah Al Baqarah ayat 8,9

Para ulama' yang menyatakan perkara agama ialah ajaran islam yang menyeluruh yang merangkumi perkara yang ada di dalam kehidupan manusia dan negara sehingga zaman mutakhir ini membahagikan mengikut jurusan-jurusan yang tertentu yang berkait dengan akidah sebagai jalan yang lurus

Perkara yang berkait dengan ilmu kerohanian di namakan ilmu tasawuf atau ilmu akhlak, perkara yang berkait dengan ilmu fekah yang berkait dengan undang-undang, pentadbiran dan politik di namakan siasah shar'iah yang bersumber dari ajaran Rasullyllah s.a.w yang sekaran ini telah tersedia ada, jadi tiada sebab umat islam mengamalkan peraturan lain untuk di jadikan sumber hukum atau cuba membuat pindaan untuk tujuan yang mengelirukan

Pada masyarakat islam adalah jelas,tepat dan betul bahawa tiada siasah melainkan menepati hukum syara' atau sunnatullah, ertinya syari'ah. orang islam hendaklah memelihara ilmu Allah dan RasulNya dengan betul dan beramanah, jika tidak umat islam akan keruntuhan maruah dan mundur serta kehakisan kebenaran dan akibatnya akan melahirkan kebatilan yang di lakukan oleh golongan ulamak juhala (jahil) yang mempunyai kepentingan keduniaan dan mereka juga akan menyebunyikan yang hak dan mempamirkan yang batil

Oleh kerana itu umat islam jangan pandai bercakap tentang islam sedangkan mereka sendiripun sedang memohon kepada Allah supaya di tunjukkan kepada jalan yang betul, dan kebanyakan mereka yang fahampun hanya mendiamkan diri mereka tentang jalan yang betul itu kerana tiada kekuatan atau mereka itu lemah ataupun ada kepentingan walaupun berserban yang besar, sebab itu apabila ada yang menghina islam maka golongan yang di kenali sebagai ulamak menikus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI