[Mahligai] Pakar Sakit Puan
Thursday, January 8, 2009 9:11 PM
From:azianrahman10@yahoo.com
Asaalamualaikum sahabat semua, saya ada sedikit persoalan yang ingin dikongsi bersama.
Berkenaan dengan Pakar sakit Puan, maksud saya Pakar Sakit Puan dan bukannya doktor sakit Puan. Seluruh Malaysia terdapat banyak doktor Sakit Puan dikalangan wanita tetapi yang menjadi masalahnya adalah kebanyakkan mereka bukannya pakar dalam bidang yang spesifik.(Berkenaan organ dalaman alat alat wanita. Saya berharap semua faham)
Contohnya saya pergi hospital atau klinik sakit puan untuk membuat pemeriksaan, saya akan diperiksa oleh doktor wanita dan mereka pun memberi tarikh temujanji kemudian pada tarikh temujajni tersebut saya akan diperiksa oleh PAKAR. Kebanyakkan PAKAR tersebut bukannya wanita. Untuk pengetahuan semua kebanyakkan pakar sakit Puan yang pakar adalah lelaki
Bagaimana untuk mengatasi perkara ini?
Wanita tak berminatkah untuk menjadi PAKAR sakit Puan?
Cuba bayangkan adakah wanita yang bertudung litup yang bersopan santun di hari temujanji terpaksa dibukakan dan ditunjukkan alat alat mereka di hadapan PAKAR yang terdiri dari lelaki. Cuba bayangkan jika terjadi pada keluarga kita.
Dalam keadaan darurat dibenarkan tetapi tentu wanita tersebut akan berasa malu yang amat sangat
Wahai semua pelajar perubatan wanita teruskanlah belajar untuk menjadi PAKAR sakit Puan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI