Kempen perang mujahidin siber berjaya
Dilulus terbit pada Saturday, January 24 @ 22:00:26 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh myogis
"Kempen suarasa.com berkaitan dengan post 113 yang tersebar dalam emel, alhamdulillah rupa-rupanya tidak sia-sia. Selain pembaca di tranungkite.net yang datang melalui beberapa artikel yang ditulis oleh suarasa.com, banyak juga pelayar-pelayar internet datang melalui link yang terdapat dalam emel. Rata-rata menuju ke post 113.
Utusan malaysia hari ini dalam segmen dalam negeri menulis: 100000 emel untuk Obama.
KUANTAN 22 Jan. - Sebanyak 100,000 e-mel keamanan akan dihantar secara serentak oleh para pelajar di negeri ini kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru, Barack Obama pada penghujung bulan ini.
Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, e-mel tersebut akan dihantar melalui satu program yang diberi nama '100 ribu e-mel' hasil kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang dan Yayasan Pahang.
Menurut beliau, e-mel yang akan dihantar terus ke White House itu antara lain bertujuan menyuarakan rasa hati golongan pelajar di negara ini terhadap keamanan dan kemakmuran dunia.
''E-mel itu mengandungi pendirian pelajar di negara ini berhubung isu keganasan di Palestin dan betapa kanak-kanak di Malaysia mahukan keamanan sejagat terus dipelihara,'' katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar sempena majlis Luahan Rasa Anak-Anak Istimewa Negeri Pahang Selamatkan Palestin di Pejabat JPN Pahang di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, e-mel itu akan dihantar secara serentak melalui sistem yang dibentuk oleh JPN Pahang dan ayat-ayat yang terkandung dalam setiap e-mel ditapis terlebih dahulu oleh pihaknya.
Beliau berharap program itu dapat dilancarkan dalam masa terdekat sama ada selepas perayaan Tahun Baru Cina atau selewat-lewatnya penghujung bulan ini.
Tambahnya, walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan di Palestin, tetapi apa yang ingin diilhamkan melalui '100 ribu e-mel' adalah untuk menarik perhatian Obama bahawa kekejaman tidak diperlukan oleh dunia.
Beliau percaya ia mampu menyampaikan mesej yang jelas kepada Obama bahawa golongan pelajar dan kanak- kanak di negara ini amat bencikan kekejaman yang berlaku di Palestin.
''Kami percaya usaha ini akan memberi input kepada Obama apatah lagi beliau sendiri dalam ucapan sulungnya selaku Presiden AS berjanji memperbaiki hubungan AS dengan dunia Islam,'' ujarnya.
Sementara itu, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa suara yang dihasilkan melalui kanak- kanak berhubung kekejaman di Palestin adalah satu tindakan eksploitasi.
Jelasnya, langkah itu akan membina modal insan yang menolak keganasan, menghormati hak, bersikap toleransi dan cintakan keamanan.
Post berkaitan dengan menghantar emel dan meyuarakan rasa hati terhadap keganasan di Gaza dalam suarasa.com hampir sama dengan kempen yang diwar-warkan di Kuantan ini. Bezanya, suarasa.com menyarankan supaya pelayar menghantar emel terus kepada emel regim Zionis. Persoalan yang timbul disini, bagaimana 100000 emel itu akan dihantar oleh pelajar diseluruh negeri Pahang? Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangannya. Cuma suarasa.com berharap supaya program tersebut berjaya diteruskan. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam.
Kepada siapa dan apa kandungan emel kita tidak menjadi persoalan, yang penting panggilan jihad dengan menggunakan IT perlu ada pejuangnya. Ayuh para mujahidin siber, tunggu apa lagi!
Baca juga bagaimana mahu menyertai mujahidin siber di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI