Ahad, Januari 11, 2009

Al-Quran Mulia Walau ajaranya ditolak Manusia......

Al-Quran Mulia Walau ajaranya ditolak Manusia.......
Dilulus terbit pada Sunday, January 11 @ 19:28:31 MYT oleh TokPenghulu

Tazkirah Oleh Lutfi

"Pada 9/1/2009 satu lagi kuliah anjuran PASJB telah berjaya dilaksanakan...Kali ini lain pulok citenya..aku pun terkejut sebab kebiasaanya kuliah ni kat surau,kat markaz tarbiyah PASJB..tetapi malam tu aku dapat sms mengatakan bahawa kuliah akan diadakan disebuah warung milik seorang jemaah PASJB,tu takpe lah..tapi yang pelik lagi warung tu terletak di tepi higway terbau dan ini menjadi tumpuan orang yang lalu lalang disitu.

Kuliah bulanan kali ini menampilkan seorang tokoh Dewan Ulama Pas Johor yang tidak asing lagi dengan kita semua..beliau adalah Ustaz Azlisham Azhar yang juga tenaga pengajar Madrasah Marsiah milik PAS di Simpang Renggam.Kali ini ustaz membahaskan tentang surah Al Maidah ,Ustaz menerangkan bahawa Al Quran merupakan sebuah rujukan serta asas kepada kehidupan manusia dan ia perlu akan pemahaman yang sebenarnya supaya kita tidak terpesong didalam memahami ape itu Al Quran.

Al Quran juga boleh diklafikasikan sebagai satu pendidikan untuk manusia yang berada didalam kejahilan supaya mengerti akan keindahan serta isi kandungan Al Quran tersebut.Terdapat banyak juga keistimewaan yang ada didalam Al Quran yang perlu kita hayati dan bukan menghayatinya sahaja tetapi mengamalkan ajaran yang ditetapkan oleh Kitab suci ini.Al Quran bukan sahaja dibaca malah mesti difahami...ustaz mengambil contoh tentang Aishah Bukhari yang murtad,beliau dikatakan menghafal surah Yasin...tetapi mengapa beliau boleh menjadi murtad???ia mungkin hafal tetapi tidak memahami akan isi kandungan surah Yasin itu sendiri..
Al Quran juga mempunyai kisah yang boleh diambil iktibar..didalam Al Quran juga terdapat kisah sejarah yang boleh kita ambil sebagai pengajaran supaya kita dapat menempuh masa yang akan datang .

Nabi dan para sahabat terpaksa berjuang menegakkan islam dengan mengangkat senjata..tetapi kita dizaman sekarang tidak sampai ketahap itu..adakah kita sukar hendak menyebarkan islam walau dengan hanya beberapa patah perkataan??Fikir-fikirkanlah..Nabi terpaksa menempuh peperangan sebanyak 9 tahun 50 hari untuk mengembangkan dan menegakkan syiar islam....Diakhir kuliah ustaz...beliau memberitahu bahawa diakhirat kelak kumpulan kuffar ini tidak berani mengangkat muka dan merintih kepada Allah tentang kederhakaan mereka semasa didunia ini...disaat itulah nikmat surga dan seksa neraka ditunjuk..Penyesalan pada ketika itu tiada gunanya.....Al Quran juga ada hukum hakamnya yang perlu dilaksanakan di dunia ini..Al Quran juga mulia walau ajaranya ditolak manusia ....Malah para Jin pun begitu takjub dengan mendengar isi Al Quran itu..kalau jin pun takjub..kita sebagai manusia harus lebih dari itu..
Inilah sebahagian coretanku di Program Kuliah Ustaz Azlisham..moga2 kita mendapat manfaat darinya....
Sekian.

Lawatilah
http://lutfimj2006.blogspot.com/
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI