KISAH NABI ADAM KETIKA BERDOA MEMOHON KEAMPUNAN
Sebagai panduan dan amalan...
Assalamualaikum wbt,
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu
daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis
lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi
Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap
sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung
itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini
membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum
pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata
taubatmu itu."!
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara
semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu
keluar dan masuk?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di
dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil
air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.Besarnya Huraisy ini dari
timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan
siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat,orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI