Gejala Merokok di Kalangan Remaja
Dilulus terbit pada Friday, December 12 @ 17:57:57 MYT oleh TokPenghulu
Oleh sifuyus
"Tanpa kita sedari, kini merokok merupakan satu trend kepada remaja khasnya para pelajar sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah
Bagi mereka merokok merupakan kepuasan dalam kumpulan mereka.Jika seseorang remaja itu tidak merokok, remaja itu digambarkan sebagai sangat naif dan tidak bersifat bebas dan terkongkong.
Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk menghentikan tabiat merokok ini tetapi kita dapat lihat gejala tersebut bukan sahaja bertambah malah tindak-tanduk mereka juga agak keterlaluan.
Jika dahulu para pelajar yang merokok akan cuba mengelak takut-takut dilihat oleh orang ramai, tetapi kini remaja semakin berani merokok di khalayak ramai dengan memakai uniform sekolah dan tindakan mereka seolah-olah direstui oleh semua pihak kerana sukar untuk melihat perlakuan mereka ditegur oleh masyarakat.
Keadaan ini sangat membimbangkan dan seharusnya dipandang serius oleh pihak kerajaan.Kaedah penjualan rokok seharusnya diubah dan tidak lagi dijual secara berleluasa di kedai-kedai runcit.
Seharusnya pihak kerajaan mewujudkan tempat khas atau berpusat untuk menjual rokok tersebut seperti mana penjualan petrol dan diesel hanya dijalankan di stesen minyak.
Selain daripada itu di kedai tersebut juga, kerajaan boleh mewujudkan peraturan di mana pembeli yang ingin membeli rokok mestilah berumur 21 tahun ke atas dan kad pengenalan haruslah ditunjukkan terlebih dahulu kepada penjual sebelum rokok tersebut dijual.
Pembeli juga dibenarkan membeli sekotak rokok sahaja untuk sehari.Dengan cara ini sahaja, kerajaan dapat membanteras walaupun tidak sepenuhnya gejala merokok di kalangan pelajar.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat, kaedah ini mungkin dapat membantu kerajaan ke arah melahirkan warga yang sihat sejahtera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI