Sabtu, November 29, 2008

Yoga dan Merokok , dua-dua Haram

Yoga dan Merokok , dua-dua Haram
Dilulus terbit pada Wednesday, November 26 @ 14:12:06 MYT oleh TokBatin



Oleh AMKNS

"
Percaya atau tidak Yoga dan Merokok kedua-duanya telah difatwakan Haram. Tak percaya , rajin-rajinlah jenguk laman web E Fatwa JAKIM. Haram tetap haram , samada hendak terus mengamalkan Yoga atau terus menghisap rokok , itu terpulang kepada diri masing-masing. Jawablah sendiri dalam kubur depan malaikat dan di hari akhirat depan ALLAH.

Merokok hukumnya haram , membantah fatwa merokok menambahkan lagi soalan untuk dijawab diakhirat nanti.

Ingat ramai penagih dadah , penghisap ganja di Malaysia ini bermula dari tabiat merokok.
Kepada orang Islam yang menghisap rokok yang pergi masjid , yang tak tinggal solat , yang undi parti berasaskan Islam , tapi suka kerana Yoga diharamkan , jangan suka sangat , ingat , merokok dan Yoga tu sama saja haramnya di sisi Islam. Kepada yang tak hisap rokok , tak amal Yoga pun , banyak banyaklah muhassabah diri , cari kelemahan diri masing-masing , untuk diperbaiki. Bentuklah masyarakat yang berkasih sayang , ingati mengingati dan berpesan pesan antara satu sama lain.

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
Tajuk : FATWA TENTANG ROKOK Fatwa : i. merokok adalah haramiii. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1381

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
Tajuk : MEROKOK Isu : Hukum merokok Keputusan : Merokok adalah haram http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=281
Oleh : Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis
Tajuk : Fatwa Negeri Perlis Mengenai Rokok Keputusan : Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=350
Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri SelangorTajuk : FATWA TENTANG MEROKOK Fatwa : (1) Merokok adalah haram(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=380

Oleh : Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak
Tajuk : Merokok Pada Pandangan Islam Keputusan : "Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan"
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=845
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI