Skodeng: Perbuatan Haram yang halal?
Dilulus terbit pada Thursday, November 06 @ 17:32:18 MYT oleh TokPenghulu
Oleh dewa
"Terbaru, isu skodeng dan tindakan pegawai pencegah maksiat yang menyerbu pasangan yang disyaki berkhalwat timbul semula. Seperti biasa, masyarakat akan bergaduh dan terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama ialah golongan konservatif yang akan mengutuk tindakan berdua-duaan dan berkhalwat tersebut.
Golongan kedua ialah golongan moden yang akan mengutuk tindakan menyerbu dan menangkap pasangan tersebut yang kononnya salah dari segi agama. Golongan kedua seperti Sister-in-Islam dan Ustaz Asri mendapat sokongan sebilangan masyarakat moden hari ini. MAri kita lihat isu ini secara adil, dan menilai secara bebas dan jujur. Pandangan dan hujah kedua-dua pihak diketengahkan..
Pandangan Golongan yang anti serbuan:
1. Tak boleh serbu kes-kes macam ni. Ini maksiat tersembunyi! Kita tak boleh buka aib orang
2. Kita tak boleh tajussus atau mencari-cari kesalahan orang.
3. Kita kena ambil pengajaran dari kes Umar yang tidak menghukum orang kerana Umar mengintip dan menyerbu secara salah.
4. banyak lagi maksiat besar yang perlu dicegah.
5. Orang yang tak bersalah mungkin diserbu sama. Seperti suami isteri yg dah kahwin dah... (Sila rujuk laman web ustaz asri untuk hujah penuh)
Semua hujah-hujah golongan ini lebih kurang sama. Sekalipun menggunakan ayat berbeza-beza, isinya SAMA.
Mari kita lihat pandangan golongan yang pro-serbuan:
1. Amar makruf nahi mungkar. kemungkaran perlu dicegah.
2. Kita bukan mencari-cari kesalahan yg tersembunyi, kita mencegah maksiat yg dilaporkan atau yg berlaku dikawasan yg popular dgn maksiat tersebut. Macam badan pencegah rasuah la, takkan kita larang BPR kerana rasuah dibuat secara sembunyi-sembunyi.
3. Contoh kes Umar tu contoh yg tak kena. Umar bertindak tanpa maklumat dari orang ramai. Umar memanjat bumbung secara salah. JAIS bertindak berdasarkan maklumat. JAIS bukan mencari-cari kesalahan sebaliknya bertindak berdasarkan maklumat orang awam atau di kawasan yang popular dengan maksiat.
4. Betul, orang tak bersalah mungkin diserbu sama. Tapi, akalu tak bersalah, akan dilepaskan. Macam pengedar dadah la. Mungkin polis tersilap dan mengangkap orang yang sebenarnya bukan pengedar dadah berdasarkan maklumat yang silap. Lepaskan je lah lepas dikenalpasti kesilapan tersebut. takkan polis tak boleh buat kerja pasal takut-takut tersilap tangkap orang?
5. Maksiat dah berleluasa sangat. Kita bukannya hidup zaman nabi yg penuh dengan sahabat-sahabat. Zaman sekarang maksiat cukup berleluasa. Adakah patut kita mengetahui ada maksiat tapi tak laporkan dan tak buat apa apa?
6. Maksiat lain banyak? memang la maksiat besar yg lain pun banyak. kita harus cuba cegah semua dan bukannya tinggalkan operasi cegah maksiat ini atas alasan ada maksiat lain yg tak dicegah? Macam orang bertudung yang suka berzina la. Kita patut suruh dia tinggalkan zina dan bukannya tinggalkan pakai tudung!
7. Ruang zina banyak. Kita tak berharap negara Malaysia jadi macam Indonesia yang tiada badan pencegah maksiat yang rasmi. Akhirnya, maksiat sangat berleluasa dan golongan yang ingin mencegah maksiat meletakkan undang-undang di tangan sendiri kerana tiada badan pencegah maksiat yang rasmi.
8. Ingat la hadis nabi. Cegah maksiat tiga cara; guna kuasa, kuasa mulut (mengadu) atau guna hati. kalau mampu, bila kita nampak pasangan bermesraan di taman bunga, kita tegur. Tapi, ramai yg takut dan tak mampu. Pasal tu lah kita mengadu kat JAIS.
So, pembaca rasa mana yg betul?
Kepada penyokong-penyokong sister-in-islam dan Dr Maza, sila berikan hujah-hujah anda.
p/s: sekadar selingan: ana rasa yang salah ialah media yg melaporkan kes-kes ni dan suka mengaibkan orang. Yang patut ditegur ialah media dan bukan pegawai pencegah maksiat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI