Nak ulas sajak kematian, tapi tak bertudung
Dilulus terbit pada Tuesday, November 11 @ 12:12:29 MYT oleh syamil
Analisis Isu Oleh keretaburuk
" Berita di TV3 semalam (09.11.08), saya tidak pasti apakah nama dia, seorang ahli psikologi mengulas mengenai sajak kematian dan pada pendapatnya, beliau tidak bersetuju sajak tersebut dipertontonkan di sekolah kerana mental kanak-kanak akan sentiasa ingat perkara yang menakutkan.
Kenapa ahli psikologi boleh berkata demikian mengenai perkembangan kanak-kanak? Ini lah contoh ahli akademik yang berkiblatkan teori barat. Perkembangan manusia berdasarkan ahli psikologi barat adalah berpecah-pecah mengikut pandangan teori masing-masing contohnya seperti Jean Piaget menekankan perkembangan manusia berdasarkan perkembangan kognitif dan Skinner yang memyokong perkembangan manusia dari segi perkembangan tingkah laku.
Perkembangan manusia dari perspektif islam seperti Al Ghazalie atau Ibnu Khaldun adalah berdasarkan perkembangan keseluruhan insan tersebut termasuklah nafsu untuk membentuk seorang insan seimbang dan harmonis. Sumbangan tokoh-tokoh islam ni tak sempurnakah? Jean Piaget yang terkenal itu pun mencedok hasil karya sarjana islam. Tapi orang kita , orang islam seperti doktor pakar tersebut berkiblatkan barat tapi sayang tidak bertudung, bukannya nak insaf. Minit-minit akhir video tersebut, si mati ada menyebut dan kata-kata itu sesuai untuk dihayati oleh pemimpin UMNO.
http://keretaburuk12.blogspot.com/
hidup tak pasti bila akan mati.....yang pasti mati tapi tak tahu bila masa matinya.....bersedialah wahai saudaraku
BalasPadam