Berkenaan Buku Berjadual "IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah"
Dilulus terbit pada Wednesday, November 19 @ 11:30:00 MYT oleh TokPenghulu
Kenyataan Media Oleh YB Johari Abdul
Dalam jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri bagi pertanyaan lisan saya ke-21 hari ini (18 Nov), pihak polis telah mengakui bahawa mereka sedar akan wujudnya buku berjudul "IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah" yang diterbitkan oleh Abdul Mutalib bin Mohd Daud.
Berdasarkan pengakuan pihak polis, saya merasa amat kecewa kerana jawapan Menteri juga mengatakan bahawa "pihak polis tidak pernah menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan dalam buku berkenaan" dan ini memperlihatkan kegagalan kerajaan untuk menyelesaikan masalah IC palsu yang selama ini wujud di Sabah.
Saya menegaskan bahawa dakwaan yang dibangkitkan dalam buku ini amat serius kerana melibatkan isu hak dan maruah warganegara di tanah air ini. Kedaulatan negara ini tidak dapat terjamin selagi isu IC palsu yang didalangi sindiket-sindiket tidak diatasi.
Maka sepatutnya pihak polis mengambil sifat proaktif untuk menyiasat dakwaan tersebut. Paling tidak, pihak polis wajar memulakan siasatan awal, dan bukan menyerahkan kerja siasatan kepada Badan Pencegah Rasuah.
YB JOHARI ABDUL
Ahli Parlimen Sungai Petani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI