Terjemahan: Dalang Di Sebalik Krisis Kewangan
Dilulus terbit pada Friday, October 24 @ 10:00:00 MYT oleh TokPenghulu
Bahan Umum Oleh alifshahril
"
Oleh: Michel Chossudovsky
Director, Center for Research on Globalization
Pasaran saham ketika ini dimanipulasi secara rakus. Aktiviti spekulasi yang berleluasa telah membawa kepada kejatuhan Indeks Komposit di bursa – bursa saham antarabangsa.
Apabila prestasi pasaran saham jatuh, para speculator bakal meraih keuntungan besar dalam masa yang singkat. Perkara ini berlaku kerana Suruhanjaya Sekuriti dikatakan telah menyediakan ruang yang selesa kepada aktiviti spekulasi di pasaran.
Terdapat beberapa jenis instrument yang diniagakan di bursa saham seperti dagangan hadapan, saham ‘options’, tabung amanah, sekuriti derivative dan lain – lain. Instrumen – instrument ini telah digunakan untuk meraih keuntungan ketika prestasi pasaran merosot. Semakin jatuh indeks saham maka semakin tinggilah keuntungan yang akan diraih speculator.
Jualan Singkat
Salah satu instrument yang sering dimanfaatkan oleh para speculator adalah Jualan Singkat. Jualan Singkat bermaksud ‘seseorang pelabur yang menjual saham yang bukan miliknya dengan jumlah besar, kemudian membeli balik saham tersebut (pada harga rendah).’
Kejatuhan Lehman, Merrill Lynch dan Bear Stearns berpunca dari aktiviti Jualan Singkat yang dilakukan oleh speculator.
Kaedah Jualan Singkat telah digunakan secara meluas ketika Krisis Kewangan sedekad lampau. Ketika itu spekulasi matawang telah menyebabkan nilai Baht, Rupiah dan Won Korea merudum teruk.
Aktiviti jualan singkat juga telah mengakibatkan matawang Canadian Dollar juga merosot sebanyak 10% dari nilainya selepas didagangkan beberapa hari.
Sambungan Bahagian kedua boleh diakses di http://kesatuanmelayu.blogspot.com/2008/10/mnsi-dalang-di-sebalik-krisis-kewangan_22.html
Sekalung ucapan terima kasih kepada Laman Marhaen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI