Satu Daripada Seribu Masuk Syurga
Dilulus terbit pada Wednesday, October 15 @ 13:52:52 MYT oleh TokPenghulu
Bicara Agama Oleh monazmuslim
"
Betapa Allah SWT kasih terhadap sekelian hambaNya, maka diutusNya para Rasul dan Nabi bagi menyampaikan risalahNya dan menyeru sekelian manusia mentauhidkan Allah dan beriman kepadaNya. Di dalam Al-Qur'an sendiri Allah menceritakan tentang kedegilan dan kesombongan manusia yang tidak mahu menerima seruan para Rasul dan Nabi malahan ada di kalangan mereka yang bertindak membunuh para Utusan Allah ini. Juga ada diceritakan bagaimana puak-puak munafiq yang berpura-pura beriman tetapi merekalah yang menjadi duri dalam daging menghalang kerja dakwah para Nabi Allah.
Sebagai umat Islam, pastinya kita menyedari adanya balasan Syurga dan Neraka di Akhirat kelak. Tidak ada sesiapa pun di kalangan kita yang mahu dimasukkan ke dalam Neraka. Dan tidak dinafikan juga ramai di kalangan kita yang lupa tentang siksaan Neraka ini malah merasakan diri akan menjadi ahli Syurga. Sebenarnya inilah penyakit kronik yang melanda umat Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.
Hari ini kita sendiri melihat apa yang berlaku di kalangan masyarkat Islam dalam negara kita. Masyarakat Islam hari ini telah menjadi haru-biru. Dah tak peduli yang mana halal dan haram. Tak mahu ambil tahu tentang perkara-perkara yang boleh merosakkan 'Aqidah Islam mereka. Gejala sosial yang melibatkan anak Melayu seperti pergaulan bebas sehingga berlakunya zina. Ibu-bapa pula semacam tidak ambil kisah jika anak gadis mereka keluar dengan teman lelaki masing-masing. Bagi mereka apa yang penting asalkan anak mereka ada kerjaya dan boleh membantu keluarga.
Masalah ini semakin menjadi kronik apabila negara ini diperintah oleh pemimpin yang tidak beriman kepada Allah dalam erti kata sebenarnya. Tidak perlu disorok lagi hakikat ini. Semua orang sudah tahu bahawa pemimpin UMNO adalah berfahaman sekular. UMNO itu sendiri adalah sebuah parti kebangsaan dan berfahaman sekular. Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku A.Rahman. Hari ini para Ulama' yang berani ditekan dan diperlekeh manakala para artis disanjung dan diberi ruang seluas-luasnya untuk mempengaruhi minda masyarakat Melayu yang sudah semakin rosak. Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) diketepikan. Yang diguna pakai ialah undang-undang toghut (Perlembagaan Malaysia). Gejala rasuah telah menjadi amalan biasa dan menular di semua peringkat. Jenayah yang berlaku sudah tidak terkawal sehingga ada mayat yang diletupkan dengan C4. Ringkasnya semua gejala jenayah dan maksiat telah berlaku di Malaysia.
Di Akhirat kelak, Allah memerintahkan supaya orang kafir dipisahkan daripada orang Islam. Maka manusia terbahagi kepada dua kumpulan, yaitu golongan mukminun dan golongan mujrimun. Ketika puak mujrimun (kafir) dipisahkan daripada orang-orang beriman, mereka mula merasai amat ketakutan.
Ketika itu, datang seruan kedua yang memerintahkan Nabi Adam AS : "Wahai Adam, hantarlah kiriman untuk ke Neraka." Kemudian Nabi Adam bertanya semula kepada Allah: "Sebanyak mana wahai Tuhan?" Lalu Allah SWT menegaskan: "Bahawa daripada 1,000 orang, 999 untuk neraka, hanya satu daripada seribu yang dimasukkan ke Syurga.
Kita muhasabahlah diri kita. Adakah kita termasuk dalam golongan yang SATU atau golongan 999 itu? Marilah kita mengkoreksi diri kita. Apakah amalan kita sudah mencukupi ? Bagaimana kedudukan iman kita jika masih menyokong pemimpin yang sekular dan zalim. Berapa banyak rasuah yang pernah kita beri dan ambil. Berapa banyak pelaburan kita yang melibatkan riba'. Berapa banyak hutang kita yang belum dilunasi. Solat dan puasa yang pernah ditinggalkan sudah diqadha' atau belum. Marilah kita sama-sama berhijrah ke jalan yang Allah redhai.
Jazakallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI