Erdogan Pejuang Islam
Dilulus terbit pada Sunday, October 26 @ 16:16:05 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh masa_depan
" Salam... Jika dilihat masih ramai yang tidak tahu siapa Erdogan. Apabila sesetengah pemimpin di dalam PAS dilabelkan sebagai puak Erdogan. Seolah-olah Erdogan adalah anti-islam. Masih ramai yang tidak tahu bahawa Erdogan berjuang untuk islam di Turki yang berabad-abad dibawah kekuasaan sekuler.
Erdogan juga adalah ketua pemimpin kepada parti AKP di Turki. ERDOGAN adalah sebenarnya PEJUANG ISLAM.
Erdogan berjuang untuk mengembalikan Islam di Turki yang sekarang ini dibawah undang2 sekuler.
Berjuang untuk melawan anti-islam(sekuler) yang dibawah cengkaman kuasa undang2 semenjak zaman Mustapha Kamal Attartuk.
berikat adalah berita terbaru yang berlaku di Turki.
Tajuk akhbar 'Parti pemerintah Turki anti-sekular'
ANKARA 24 Okt. - Mahkamah tertinggi Turki hari ini memutuskan, Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan para pemimpin kanan Parti Keadilan Pembangunan (AKP) terlibat dalam aktiviti antisekular.
Keputusan itu secara tidak langsung memungkinkan semula ketegangan politik terbaru di negara calon Kesatuan Eropah (EU) ini.
Mahkamah Perlembagaan Agung dan Badan Kehakiman Turki pada Julai lalu telah memutuskan untuk tidak membubarkan AKP kerana menjalankan aktiviti-aktiviti Islam, tetapi sebaliknya mendenda parti itu kerana "melemahkan prinsip-prinsip sekular Turki".
"Adalah nyata parti itu akan memberi tumpuan dalam aktiviti antisekular berikutan tindakannya yang mahu menukar beberapa artikel dalam perlembagaan Turki," menurut Mahkamah Perlembagaan hari ini.
Ia merujuk kepada cubaan AKP yang cuba menggugurkan pengharaman memakai tudung di universiti di seluruh negara.
Dalam halangan kepada AKP, Mahkamah Perlembagaan pada Jun lalu telah menolak cadangan pindaan tersebut dengan mengatakan ia akan melanggar perlembagaan sekular Turki.
Kritikan keras yang tidak disangka-sangka oleh mahkamah terhadap Erdogan yang merupakan ahli politik Turki yang paling terkenal menurut tinjauan pendapat terkini, akan mewujudkan ketegangan baru ketika negara ini turut merasai impak krisis kewangan global.
Mahkamah Agung turut mendapati Menteri Pendidikan, Huseyin Celik terlibat dalam aktiviti antisekular.
Mahkamah Perlembagaan mengenakan denda kepada parti berkenaan pada Julai lalu, tetapi menggugurkan tuntutan pendakwa raya yang mahu AKP dibubarkan dan menghalang Erdogan serta ahli-ahli utamanya yang lain daripada menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti parti untuk tempoh lima tahun.
Janganlah bercakap tanpa sola-selidik atau tanpa kefahaman...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI