| ISA: Anwar mahu jumpa Pak Lah |
| Abdul Rahim Sabri | Sep 13, 08 6:54pm |
| Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang membuat temujanji untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri secepat mungkin bagi membincangkan tentang penahanan ISA dan masa depan politik Malaysia. Beliau yang juga penasihat PKR memberitahu satu sidang media di ibupejabat PKR bahawa beliau berharap dapat bertemu dengan Abdullah secepat mungkin. Penahanan Teresa dan dua orang lagi - Blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng - dibuat menjelang tarikh Anwar merancang mengambil alih kuasa pada 16 September depan. Tan dibebaskan hari ini. Anwar mendakwa sejumlah ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan - cukup untuk menubuhkan kerajaan baru. Ditanya cadangan pertemuan dengan Anwar itu ada kaitan dengan peralihan kuasa, Anwar menjawab, ianya mengenai masa depan negara tanpa bercakap khusus mengenai peralihan kuasa. Katanya, kepimpinan Pakatan mendesak kerajaan supaya membebaskan Teresa dan Raja Petra. Menjawab soalan, Anwar tidak menolak kemungkinan penahanan lebih ramai pemimpin Pakatan. Anwar juga berkata, rancangan peralihan kuasa pada 16 September tidak ada kaitan dengan penahanan ISA, apabila ditanya sama ada beliau akan menangguhkan rancangannya itu untuk meredakan ketegangan politik ekoran kemungkinan ada lagi tangkapan yang akan dibuat. “Keutamaannya ialah kestabilan politik. Ianya bukan isu penangguhan, kita mempunyai jumlahnya untuk bergerak dan kita akan bergerak mengikut mandat. Kita tidak mahu membenarkan kerajaan mewujudkan ketidakstabilan politik dengan menggunakan isu kaum,” tegasnya. Beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh kesal dengan Umno yang didakwanya memainkan isu perkauman dan jelas mereka berada dalam keadaan terdesak. Rakyat gelisah Desak bebas tanpa syarat Beliau juga berasa sedih kerana kerajaan tidak membebaskan Teresa yang telah dipilih oleh rakyat sebagai ahli parlimen dan sebagai exco kerajaan negeri Selangor. |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI